Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) - 8 Feb 2017 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) - 8 Feb 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.



Jawatan:


1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41


2. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41


3. AHLI MUZIK B29


4. PEMBANTU OPERASI N11



Tarikh tutup permohonan adalah pada : 08 February 2017




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)



Penubuhan MBSA

​Pentadbiran Shah Alam bermula dengan penubuhan MPSA pada 7 Disember 1978 mengikut Akta 71, Akta Kerajaan Tempatan. Penubuhan MPSA, itu adalah serentak dengan perisytiharan bandar Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. Bagaimanapun, pentadbiran MPSA hanya mula beroperasi pada 1 Januari 1979.

Pentadbiran MPSA bermula di sebuah rumah kedai di Seksyen 3. Jumlah kakitangannya merupakan 123 orang dan kebanyakkannya merupakan kakitangan Lembaga Bandaran. Lembaga ini diwujudkan khas di bawah pentadbiran PKNS untuk mentadbir Shah Alam. Apabila MPSA mula beroperasi, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor secara automatik berperanan sebagai Yang Dipertua.

Oleh kerana Yang Dipertua tidak sepenuh masa, maka seorang Penolong Setiausaha, telah dilantik untuk membantu tugas-tugas Yang Dipertua. Pada 1 Februari 1979, jawatan Setiausaha diwujudkan dan Encik Abu Sujak bin Mahmud dilantik untuk menyandang jawatan tersebut. Hanya pada tahun 1988, MPSA mendapat seorang Yang Dipertua sepenuh masa Jawatan Yang Dipertua ini seterusnya telah ditukar menjadi Datuk Bandar apabila Shah Alam dinaik taraf status bandaraya pada 10 Oktober 2000.

Pada tahun 1981, pentadbiran MPSA berpindah ke Tingkat 1 dan 2 Kompleks PKNS. Seterusnya pada Oktober 1988, MPSA telah berpindah ke bangunannya sendiri iaitu Wisma MPSA. Bangunan 28 tingkat yang bernilai RM141 juta mampu menempatkan semua jabatan MPSA yang sekarang dinaik status ke MBSA di bawah satu bumbung.

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) - 8 Feb 2017"

Post a Comment