Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak - 15 Feb 2017

Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada anak Negeri Perak) yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan kosong terkini di Kerajaan Negeri Perak:-



Jawatan:


1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41


2. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S29


3. GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) DC41



Tarikh Tutup : 15 February 2017 



*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak


Sejarah Pentadbiran

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ditubuhkan pada tahun 1948 melalui Perjanjian Perak di antara Sultan Abdul Aziz Al-Mutasim Billah Shah dengan Sir Gerard Edward J. Gent pada 21 Januari 1948. Melalui perjanjian ini, satu undang-undang perlembagaan Perak telah dibentuk pada 1 Februari 1948. Perlembagaan ini menggariskan hak-hak dan kuasa Sultan serta memperuntukkan satu pentadbiran Kerajaan yang terdiri daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Mesyuarat Negeri sebagai badan yang bertanggungjawab untuk membantu dan menasihati Sultan di dalam menjalankan tugasnya.

Perlembagaan ini memperuntukkan perlantikan Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, dan Pegawai Kewangan Negeri dengan kuasa pelantikannya oleh Sultan. Ketiga-tiga ahli ex-officio ini bersama dua lagi ahli ex-officio yang lain iaitu Penasihat British dan Penasihat Undang-undang, adalah merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dengan mempunyai seorang ahli rasmi. Majlis Mesyuarat Negeri pula terdiri daripada Menteri Besar sebagai Presiden dan empat orang ahli ex-officio iaitu Penasihat British, Setiausaha Kerajaan Negeri dengan mempunyai 10 orang ahli rasmi dan 19 orang ahli tidak rasmi.

Previous Post Next Post