Jawatan Kosong di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) - 22 Feb 2017 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) - 22 Feb 2017

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002.



Jawatan:


1. Senior Accounts & Finance Executives (Grade 52)


2. Head of Corporate Communication Section (Grade 54)


3. Senior Regulatory Review Executive (Grade 52)



Closing date : 22 February 2017





Jawatan Kosong Terkini 2017 di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Kerja Kosong Terkini SSM

About SSM

Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam. Sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.

SSM bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang berikut:

Akta Syarikat 1965 (Akta 125);
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197);
Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100);
Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28);
Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (Akta 743);

Mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta-akta yang tersebut di atas seperti:
- Peraturan-Peraturan Syarikat 1966; dan
- Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.

0 Response to " Jawatan Kosong di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) - 22 Feb 2017"

Post a Comment