Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Yayasan Selangor - 20 Jan 2017

Yayasan Selangor telah melanjutkan pelawaan kepada pemohon-pemohon daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Selangor seperti berikut :



Jawatan:


1. PEMANDU KENDERAAN R1


2. PENGAWAL KESELAMATAN R1



Cara Memohon:

a) Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman web Yayasan Selangor; http://www.yayasanselangor.org.my

c) Pemohon hendaklah menghantar ‘resume’beserta Borang Permohonan Jawatan ke Unit Sumber Manusia. Pemohon yang masih berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan / Bahagian / Unit dan sertakan salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan.


Permohonan:


Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat:

YAYASAN SELANGOR
TINGKAT 17, MENARA YAYASAN SELANGOR
NO. 18A, PERSIARAN BARAT`
46000 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
( U.P : UNIT SUMBER MANUSIA )


Semua permohonan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup iklan iaitu pada 20 Januari 2017, jam 4.00 petang. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Calon yang tidak menerima jawapan selepas 4 bulan dari tarikh tutup iklan akan dianggap tidak berjaya.


Klik Maklumat Lengkap Iklan


Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

 Jawatan Kosong Terkini 2016 di Yayasan Selangor



Sejarah

Nama Asrama Yayasan Selangor yang terulung diwujudkan pada tahun 1971 adalah diambil sempena nama seorang anak jati Selangor dari Pasir Penambang, Kuala Selangor iaitu Dr. Abdul Latiff bin Abdul Razak. Menjadikan kejayaan Dr. Abdul Latiff sebagai anak Kampung yang telah berjaya dalam bidang akademik dan kerjaya, Yayasan Selangor meletakkan harapan agar anak-anak Negeri Selangor diberi peluang belajar di sekolah Bandar dan ditempatkan di Asrama Doktor Latiff sebagai idola untuk berusaha dengan gigih dan tekun bagi mencapai kejayaan. 

Pentadbiran awal Asrama Dr. Latiff telah diterajui oleh Penguasa Asrama yang pertama iaitu Encik Samad bin Kahar yang telah berkhidmat dari tahun 1971 hingga 1976. Di asrama ini, kemudahan-kemudahan asas untuk proses pembelajaran disediakan seperti makanan, bilik, katil, kelas, meja belajar dan pengangkutan ke sekolah. Pada peringkat awal iaitu pada 1 januari 1971, kumpulan pertama pelajar yang diambil adalah dari kalangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan darjah lima. Walau bagaimanapun , peluang telah dibuka kepada pelajar-pelajar miskin yang hanya mendapat 1A, memandangkan pada ketika itu pelajar-pelajar melayu di luar Bandar yang mencapai keputusan cemerlang amat kurang. 

Previous Post Next Post