Jawatan Kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) - 10 Mac 2017 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018

Jawatan Kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) - 10 Mac 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) seperti berikut :-



Jawatan:


1. PENOLONG GURU TABIKA PERPADUAN GRED N11


2. GURU TABIKA PERPADUAN GRED S29


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau boleh diperolehi dengan melayari laman web JPNIN di http//www.jpnin.gov.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

Borang Permohonan berserta gambar terkini (berukuran passport) yang tidak dikembalikan dan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Kelulusan Akademik, Sijil Berhenti Sekolah, Salinan Lesen Memandu sebagai dokumen tambahan.  Dokumen sokongan yang berkaitan dan telah disahkan perlu dihantar ke alamat seperti berikut :
           
Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jabatan Perdana Menteri
Tingkat 10, Wisma KWSG
Jalan Kampung Attap
50460 Kuala Lumpur


Tarikh tutup permohonan : 10 Mac 2017


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)



Dasar dan Objektif Kualiti JPNIN adalah seperti berikut :

Dasar Kualiti

Pihak Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah menggubal Dasar Kualiti Jabatan. Dasar Kualiti Jabatan adalah seperti berikut;Dasar Kualiti Jabatan adalah seperti berikut ;

Dasar Kualiti JPNIN adalah menjadikan JPNIN sebagai sebuah jabatan yang cemerlang, komited dan mampu memelihara, memupuk dan memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Objektif Kualiti

Bagi mencapai objektif kualiti Pengurusan Rukun Tetangga, Tabika Perpaduan dan Sokongan Pengurusan secara cekap dan berkesan maka objektif-objektif berikut telah ditetapkan:-
  • Menguruskan keharmonian masyarakat yang diukur di bawah Indeks Ketegangan Masyarakat (IKM) tidak melebihi paras asas (based line) 25 kes per sejuta penduduk.
  • Semua kawasan berada di bawah kod hijau di seluruh negara.
  • Mengurus perhubungan masyarakat yang harmoni di bawah Indeks Perhubungan Masyarakat (IPM) dengan tidak melebihi paras asas (based line) pada 2.2 dari skala 4.0.
  • 80% Rukun Tetangga ditahap aktif di bawah Sistem e-keaktifan RT.
  • Meningkatkan persepsi rasa selamat penduduk di kawasan SRS dan sasaran sebanyak 85%.
  • Menjalankan sekurang-kurangnya 20% naziran ke atas Tabika Perpaduan di setiap negeri dalam setahun dan 70% daripada sampel mencapai 75% markah tahap kualiti yang ditetapkan.
  • Mencapai skor 3.3 daripada skala 5 terhadap kepuasan pelanggan bagi Tabika Perpaduan.

0 Response to "Jawatan Kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) - 10 Mac 2017"

Post a Comment