Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Terengganu yang bermastautin di Negeri Terengganu berkelayakan bagi memenuhi kekosongan jawatan berikut di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT):
Jawatan:
1. GURU TASKA (AGAMA)
2. PENYEDIA SAJIAN
2. PENYEDIA SAJIAN
Tarikh Tutup Permohonan : 06 Mac 2017
Pengenalan
Sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman pada 25 April 1986. Penubuhan adalah dibawah Enakmen Bil. 13 tahun 1985 hasil daripada kelulusan Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 5 Disember 1985.
Ditubuhkan sebagai agensi yang berperanan secara langsung sebagai Pembekal Sumber, Penyokong, Penyebar Maklumat, Pendidik, Katalis, Penyaran Dasar dan Pengkaji bagi mengisi ruang yang masih kosong di samping dapat bekerjasama dengan agensi-agensi yang telah sedia wujud dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan dan masalah - masalah berkenaan melalui kapasiti Lembaga YPKT selaku Penyelaras, Pelengkap (Complement) dan Penokok Tambah (Supplement).