Jawatan Kosong di Majlis Daerah Selama - 31 Mac 2017


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur  tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan kosong dan keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.



Jawatan:


1. PEMBANTU AWAM H11





Tarikh tutup permohonan : 31 Mac 2017



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Daerah Selama

Kerja Kosong Terkini Negeri Perak

Latar Belakang

  • Ianya dikenalpasti beropersi semenjak awal 1950-an lagi.
  • Pada tahun 1948, berlakunya darurat, maka wujud kawasan-kawasan perkampungan Melayu dan Cina dikawasan Redang Panjang, Bagan Baru, Sungai Terap, Kubu Gajah dan Rantau Panjang.
  • Perkampungan Baru dinamakan untuk perkampungan Melayu dan Local Council untuk perkampungan Cina.
  • Pada tahun 1952, Majlis Daerah Selama lebih dikenali sebagai Lembaga Bandaran Selama (Town Board) dibawah Local Authorities Election Ordinance.
  • Pada tahun 1953, Lembaga Bandaran Selama (Town Board) dikenali sebagai Majlis Tempatan yang meliputi semua kawasan (Kampung Baru dan Local Council) dibawah Local Council Ordinance. 
  • Majlis Tempatan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan Ahli Jawatankuasanya adalah dari kalangan penduduk-penduduk tempatan yang dipilih melalui pilihanraya Kerajaan Tempatan.
  • Semasa ini ianya bernaung secara langsung dibawah Kerajaan Negeri.
  • Pada 28hb. Oktober, 1964, Suruhanjaya Diraja dibawah Athi Nahappan telah ditubuhkan untuk menyiasat perjalanan Penguasa-penguasa Tempatan di Malaysia Barat.
  • Salah satu cadangan yang telah dibuat iaitu mencantumkan antara Penguasa Tempatan dengan beberapa Penguasa Tempatan yang lain untuk menjadikan satu identiti.
  • Pada tahun 1965, berlaku kucar-kacir dalam pentadbiran Majlis-Majlis Tempatan dan juga pembatalan pilihanraya Kerajaan Tempatan. 
  • Berikutan dari pembatalan pilihanraya itu, Kerajaan Tempatan dan Ahli-Ahli Jawatankuasa dilantik oleh Kerajaan Negeri dan Pengerusinya dilantik oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa dengan persetujuan oleh Kerajaan Negeri.
  • Pada akhir 1960-an, Lembaga Bandaran Selama dan semua Majlis-Majlis Tempatan dalam Daerah Selama dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan bagi Selama dan cawangan.
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan pada dasarnya sebuah badan yang berotonomi kewangan dan dibantu oleh Kerajaan Negeri melalui Geran Pelancaran dan Geran Tahunan.

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Daerah Selama - 31 Mac 2017"

Post a Comment