Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor - 31 Mac 2017


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor di dalam mesyuarat Bil. 4/2015 bertarikh 28 Mei 2015 telah
meluluskan kaedah pengiklanan Permohonan Terbuka Sepanjang Masa bagi dua (2) jawatan berikut :



Jawatan:


1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19


2. PEMBANTU OPERASI GRED N11


3. PEMANDU KENDERAAN GRED H11



Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2017



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor


Sejarah dan Latar Belakang

Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor telah mula ditubuhkan pada tahun 1855, apabila Temenggong Ibrahim membuka Bandar Iskandar Puteri di Tanjung Puteri. Ketika itu Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dengan aktiviti perniagaan hasil tanaman lada hitam dan gambir. Pusat Bandar diletakkan di Tanjung Puteri untuk memudahkan kutipan cukai, yang pada masa itu dikawal sendiri oleh Temenggong.

Bandar Iskandar Puteri telah bertukar nama kepada Johor Bahru pada tahun 1866 bersamaan dengan 12 Syaaban tahun Hijrah 1282 berikutan dengan pengisytiharan oleh Temenggong Abu Bakar Maharaja Johor. Pada masa yang sama tiga Jabatan secara khusus telah diwujudkan iaitu Pejabat Temenggong Johor, Pejabat Bakal Raja dan Pejabat Urusetia Negeri yang juga dikenali sebagai Pejabat Menteri Besar.

Perbendaharaan Negeri Johor telah mula ditubuhkan pada tahun 1873 diketuai oleh seorang Bendahari. Jawatan dalam Perbendaharaan telah ditambah pada tahun 1886 dengan penubuhan Jabatan Audit dan kemudiannya, dalam tahun 1894 perjawatan telah diperluas dengan melantik beberapa Pegawai Kewangan atau Tukang Wang.

Penyata Wang Kerajaan Johor yang pertama telah diterbitkan dalam tahun 1899 yang melaporkan kutipan hasil dan perbelanjaan. Pada tahun 1901, Perbendaharaan telah diberi nama baru, iaitu Perbendaharaan dan Hasil.

0 Response to "Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor - 31 Mac 2017"

Post a Comment