Jawatan Kosong di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) - 17 April 2017 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) - 17 April 2017

Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi jawatan-jawatan seperti berikut:



Jawatan:


1. JURUTERAPI PERGIGIAN U29


2. PEGAWAI KEWANGAN W41


3. PEGAWAI PERUBATAN UD43


4. PEGAWAI PERUBATAN UD47


5. PEGAWAI PERUBATAN UD51


6. PEGAWAI PERUBATAN UD53


7. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29


8. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP29


Tarikh tutup permohonan : 17 April 2017




Jawatan Kosong Terkini 2016 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)


Pengenalan PPUKM

Fakulti Perubatan, yang kini berusia 35 tahun, telah ditubuhkan pada 30hb Mei 1972 sebagai sebuah institusi perubatan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mengajar kursus-kursus perubatan dan kejururawatan, penyelidikan perubatan dan perkhidmatan klinikal, di bawah pentadbiran seorang Dekan. Pada mulanya, kursus perubatan yang dijalankan untuk pelajar-pelajar perubatan dan perkhidmatan perubatan yang disediakan oleh pensyarah-pensyarah dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang digunakan sebagai hospital pembelajaran.

Pada tahun 1997, Hospital UKM (HUKM) telah dibangunkan sebagai hospital pembelajaran untuk pelajar-pelajar Fakulti Perubatan, UKM. Struktur pentadbiran HUKM diasingkan dari fakulti dan ketuanya merupakan Pengarah Hospital. Pada mula HUKM ditubuhkan, jawatan Dekan dan Pengarah Hospital dipegang oleh seorang pegawai, tetapi sejak tahun 1998, Fakulti Perubatan telah mempunyai Dekannya tersendiri dan UKM pula mempunyai Pengarahnya tersendiri.

Walaubagaimanapun, pada 20 Februari 2008, Fakulti Perubatan dan HUKM telah digabungkan untuk mewujudkan entiti yang dikenali sebagai Pusat Perubatan UKM (PPUKM), atau UKM Medical Centre (UKMMC), dengan moto Mengintegrasikan Pembelajaran dan Penyelidikan Demi Masyarakat. PPUKM diketuai oleh seorang Dekan merangkap Pengarah yang bertanggungjawab menguruskan semua bahagian akademik, penyelidikan dan perkhidmatan klinikal di Pusat ini.

0 Response to "Jawatan Kosong di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) - 17 April 2017"

Post a Comment