Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 58/18 (Lelaki/Wanita) TUDM - 15 Oct 2017 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018

Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 58/18 (Lelaki/Wanita) TUDM - 15 Oct 2017

Peluang keemasan kepada belia negara untuk menjadi salah seorang warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.



Jawatan:


1. PEMILIHAN AWAL TERBUKA PERAJURIT MUDA UDARA
SIRI 58/18 – LELAKI DAN WANITA


Tarikh tutup permohonan : 15 Oktober 2017


Cara Memohon:

Calon perlu memajukan resume bersama dengan Borang Permohonan (Muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah) bersama salinan Mykad, salinan Sijil Kelahiran terkini, salinan Mykad ibu dan bapa, salinan Sijil Diploma dan Sijil SPM.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat melalui link di bawah untuk mengetahui syarat dan untuk memohon.


Klik Maklumat Iklan Lengkap


Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 57/17 (Lelaki) TUDM




Penubuhan TUDM

Sejarah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bermula apabila Ordinan Tentera Udara diluluskan oleh Parlimen pada hari Isnin, 2 Jun 1958 dan semasa ditubuhkan ia dikenali sebagai “Tentera Udara Diraja Persekutuan“.

Air Commodore A.V.R. Johnstone seorang pegawai Tentera Udara Diraja British (RAF) telah dipinjamkan untuk menjadi penasihat kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya telah dilantik menjadi Ketua Turus Tentera Udara yang pertama.

Beliau bertanggungjawab merangka penubuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan bagi negara yang baru merdeka dari segi organisasi, sumber manusia, aset dan syarat-syarat perkhidmatan. Sebagai angkatan yang termuda di dalam Angkatan Tentera ketika itu anggota terawalnya adalah terdiri daripada pegawai dan anggota yang dipinjamkan daripada Tentera Udara Diraja British.

Sekumpulan pegawai dan anggota yang menjadi perintis Tentera Udara Diraja Persekutuan telah ditukarkan daripada Tentera Udara Diraja British pada bulan November 1958. Mereka yang menjadi tenaga penggerak organisasi TUDM ialah Flying Officer Li Heng Lip, Sergeant Subramaniam, Corporal Razi Osman, Corporal Othman Mohd Ismail, Corporal Wan Said, Sorporal J D Pasley, Corporal Mahevan, Senior Aircraftsman (SAC) Surindran, SAC Md Noor, SAC Zainal Abidin, SAC Mohd Hussain dan Junior Technician (JT) Ismail Arifin.

Sebagai angkatan yang muda tugas awal yang diamanahkan kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan pada ketika itu ialah untuk memberikan perkhidmatan perhubungan melalui udara dan membantu pasukan keselamatan menjalankan operasi memerangi komunis yang mengancam negara. Dengan tertubuhnya Malaysia pada 16 September 1963, nama Tentera Udara telah ditukar kepada “Tentera Udara Diraja Malaysia” atau lebih dikenali sebagai TUDM.

0 Response to "Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 58/18 (Lelaki/Wanita) TUDM - 15 Oct 2017"

Post a Comment