Jawatan Kosong di Jabatan Perikanan Malaysia - 01 Okt 2017 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perikanan Malaysia - 01 Okt 2017

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Jabatan Perikanan Malaysia.



Jawatan:

Kelulusan Minimum:  Spm/svm/skm

1. Pembantu Perikanan G19 - 44 Kekosongan

2. Pembantu Makmal C19 - 7 Kekosongan


Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Perikanan Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 01 Oktober 2017 (Ahad) jam 11:59 malam




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Jabatan Perikanan Malaysia





Sejarah Penubuhan Jabatan

Sejarah Jabatan Perikanan bermula apabila kerajaan British menubuhkan Unit Perikanan Kolonil pada tahun 1894 dan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Selatan. Unit Perikanan Kolonial diwujudkan oleh Kerajaan British di bawah Pentadbiran Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Selat

Sejarah Awal (1894 - 1945 ) - Penubuhan Jabatan Perikanan

Sejarah Jabatan Perikanan bermula apabila kerajaan British menubuhkan Unit Perikanan Kolonil pada tahun 1894 dan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Selatan. Unit ini bertanggungjawab mengawal aktiviti perikanan di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Pada waktu itu, aktiviti perikanan diusahakan secara kecil-kecilan sebagai saradiri penduduk yang tinggal di tepi pantai dan muara sungai. Pada tahun 1904, satu kajian awal mengenai spesis ikan laut telah dijalankan di pantai barat Negeri-Negeri  Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada masa yang sama penghijrahan penduduk dari selatan Thailand negeri Perlis, Kedah dan Kelantan semakin ramai. Sebahagian daripada mereka telah menjalankan aktiviti menangkap ikan sebagai punca pendapatan. "Ordinan Perikanan" telah diperkenalkan pada tahun 1909 bagi mengawal aktiviti perikanan.

Pada 1 Februari 1915 sebuah jabatan yang bertanggungjawab ke atas urusan perikanan telah diwujudkan yang dikenali sebagai Jabatan Perikanan dan Muzium. Ia diketuai oleh H.C.Robinson sebagai pengarah. Pada tahun 1921, C.E.Green dilantik mengetuai Jabatan Perikanan dan Muzium. Pada 14 Julai 1922, Jabatan Perikanan dan Muzium telah dipisahkan dan Jabatan Perikanan British-Malaya ditubuhkan. David G. Stead telah dilantik sebagai pengarah dan Singapura dipilih menjadi lokasi ibu pejabatnya yang pertama.

Usaha untuk membangun dan memajukan akuakultur telah dimulakan pada tahun 1930an. Sebuah Stesen Percubaan Menternak Benih Ikan Air Tawar di Tapah, Perak telah ditubuhkan pada tahun 1935. Tumpuan utama Jabatan Perikanan British-Malaya ialah melindungi sumber perikanan, meningkatkan pengeluaran ikan dan mempelbagaikan pengeluaran dari sumber perikanan.

0 Response to "Jawatan Kosong di Jabatan Perikanan Malaysia - 01 Okt 2017"

Post a Comment