Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) - 31 Okt 2017

BERNAMA, agensi berita nasional Malaysia dan peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:



Positions:


1. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK KANAN



Kelayakan:


• Mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kekompetenan kategori B0/B1 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan;

• Kepujian dalam Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;

• Mempunyai pengalaman yang berkaitan sekurang-kurangnya 5 tahun dalam penyelenggaraan bangunan tinggi dan bangunan-bangunan komersil atau kerajaan;

• Berkebolehan menyelia;

• Berpengetahuan dalam Akta Bekalan Elektrik dan Peraturan-Peraturan Elektrik lain yang berkaitan;


• Boleh bekerja lebih masa di luar waktu pejabat termasuk hujung minggu dan cuti umum.



Cara memohon:

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap (resume) dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil), pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan pada atau sebelum Selasa, 31 Oktober 2017 ke alamat berikut:

Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 13,Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan 1/65A, Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR


(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)


Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)


Sejarah Penubuhan

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, sebuah badan berkanun, ditubuhkan dibawah Akta Parlimen 1967 dan mula beroperasi pada Mei 1968.

Sebuah Majlis Penyeliaan terdiri daripada lima anggota yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diwujudkan untuk mengawasi supaya BERNAMA berpandukan kepada peruntukan-peruntukan Akta dalam melaksanakan objektif-objektifnya.

Bagi mencapai kejayaan jangka panjang yang berterusan, pelaburan yang berterusan dan kemajuan perniagaan adalah antara perkara yang amat penting kepada BERNAMA.

Previous Post Next Post