Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor - 16 July 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan kosong untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN &  OPERASI)


BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN :    
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA  

GRED  :  N 17

KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN & SOKONGAN

JADUAL GAJI : MENGIKUT SKIM N17

TARAF JAWATAN : KONTRAK

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) warganegara Malaysia ;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)
i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

ii) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang Pentadbiran dan Pengurusan)


CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang diperolehi daripada Majlis Sukan Negeri Johor (Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor) dengan mengambil sendiri di pejabat pada waktu pejabat atau boleh dimuaturun pada link yang dibawah:- 


Permohonan yang lengkap berserta dengan salinan sijil-sijil yang diperlukan hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.

Salinan Sijil-Sijil yang perlu dihantar bersama Borang: -

1. Salinan Sijil Kelahiran
2. Salinan Kad Pengenalan
3. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
4. Salinan Sijil SPM atau kelulusan setaraf
5. Sekeping gambar berukuran PASPORT yang terbaru
(tidak dikembalikan)
6. Salinan sijil-sijil ko-kurikulum

Bagi pemohon-pemohon yang masih berkhidmat dimana-mana jabatan Kerajaan perlulah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan dan dilampirkan bersama salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2014 serta Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan telah dikemaskini.

Alamat : 

KETUA UNIT
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR
ARAS 1,
MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR,
BANGUNAN DATO’ MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI, 79000 KOTA ISKANDAR, NUSAJAYA

Tarikh tutup permohonan : 16 Julai 2015


CATATAN AM

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (2) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

Segala perbelanjaan semasa menghadiri temuduga adalah menjadi tanggungan dan tanggungjawab pemohon sendiri.

      Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Pentadbiran Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor di talian : 07-5545972/07-5547449


Jawatan Kosong di Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor


Previous Post Next Post