Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Pertanian Kedah - 6 Sep 2015

Jabatan Pertanian Negeri Kedah mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-

Jawatan Kosong Terkini 2015 di Jabatan Pertanian Kedah


Jawatan:-

1. PEMBANTU KEMAHIRAN H17

2. PEMBANTU AWAM H11


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Cara Memohon:

i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Jabatan
Pertanian Negeri Kedah Darul Aman yang boleh didapati dari laman web Jabatan
Pertanian Negeri Kedah Darul Aman iaitu http:pertanian.kedah.gov.my atau datang
sendiri ke Bahagian Khidmat Pengurusan (Seksyen Pentadbiran), Jabatan Pertanian
Negeri Kedah Darul Aman.

ii. Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan yang telah disahkan.
Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang
ditetapkan akan ditolak.

iii. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan
Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan salinan kenyataan
perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
terkini dan dihantar melalui majikan masing-masing.

iv. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran
32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN
yang dipohon.

Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan:

Pengarah
Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman
Telok Chengai, Jalan Kuala Kedah
06600 Kuala Kedah
KEDAH DARUL AMAN
(u.p: BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)


Tarikh tutup permohonan : 06 September 2015





Jawatan Kosong Terkini 2015 di Jabatan Pertanian Kedah http://mehkerja.blogspot.com/




Previous Post Next Post