HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) - 28 Aug 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon dan mengisi jawatan secara kontrak (Contract Of Service) selama satu (1) tahun seperti di bawah di Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA).



Jawatan:

1. PEMBANTU PENERANGAN S17

2. PEMBANTU AWAM H11


Syarat Lantikan Jawatan 1 :

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; (Keutamaan diberi kepada calon yang
boleh bertutur dan menulis dengan baik dalam bahasa ibunda);
dan

(ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Syarat Lantikan Jawatan 2 :

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Mempunyai pengalaman dalam pengendalian haiwan-haiwan;

(iii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
dan Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(iv) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Cara memohon:

Jawatan adalah bertaraf Contract of Service selama satu (1) tahun
dan diperbaharui berdasarkan prestasi tahunan. Sila hantar resume
dan dua (2) keping gambar berukuran paspot sebelum atau pada
28 Ogos 2015 ke nikizyan@moa.gov.my ataupun ke alamat di
bawah.

PENGARAH
Taman Botani Negara Shah Alam
Bahagian Pembangunan Industri dan Ekonomi Bumiputera
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-5510 6922
Faks: 03-5510 0922


Jawatan Kosong Terkini 2015 di Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) http://mehkerja.blogspot.com/





0 Response to "Jawatan Kosong di Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) - 28 Aug 2015"

Post a Comment