Jawatan Kosong di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) - 30 Jan 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) - 30 Jan 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) sebagai:



Jawatan:

1. JURUTEKNIK KOMPUTER


Kelayakan/Bidang:

• Sijil Kejuruteraan Komputer atau Rangkaian dengan 3 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.

• Kelebihan kepada yang berpengalaman dalam rangkaian, LAN / WAN.
 atau

• Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
 atau

• Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau

• Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
 atau

sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau

• Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

dan

• Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Cara membuat Permohonan:

Surat permohonan beserta "Resume" yang mengandungi maklumat-maklumat berikut :

1. Nama Jawatan Yang Dipohon
2. Butir-butir Peribadi
3. No. Telefon / Emel
4. Butir-butir Akademik
5. Pengalaman Kerja
6. Salinan sijil kelulusan (termasuk transkrip Ijazah/Diploma)
7. Salinan Kad Pengenalan, dan
8. Gambar terbaru berukuran pasport

Calon-calon yang berminat diminta menghantar surat permohonan  kepada:

BAHAGIAN PENTADBIRAN & SUMBER MANUSIA
Kolej Yayasan Pelajaran Johor
KM 16, Jalan Kulai-Kota Tinggi
81000, Kulai
Johor

Tel : 018-6668487
(U.P:  Pn Hayati Binti Yacob)

atau email ke

yati 7871@yahoo.com

Sila letakkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat.


Tarikh Tutup Permohonan : 30 Januari 2016

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) http://mehkerja.blogspot.my/

Objektif KPYPJ

Misi KPYPJ dimanifestasikan melalui objektif KPYPJ iaitu meningkatkan kuantiti dan kualiti sumber manusia dalam pelbagai sektor pekerjaan dengan menyediakan peluang alternatif utama pendidikan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam bidang akademik dan kemahiran kepada negara.

Secara spesifik, objektif KPYPJ ialah:

1. Menyediakan peluang pendidikan berkualiti di peringkat pra-diploma, diploma dan ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang dengan kerjasama universiti-universiti tempatan dan luar negara.

2. Menjalankan program-program kemahiran dan teknikal di peringkat sijil dan diploma dalam bidang-bidang tertentu yang diperlukan oleh industri melalui kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan pihak-pihak lain.

3. Mewujudkan kemudahan pembelajaran dan latihan terbaik, berkualiti, berkesan dan,kondusif.

4. Melahirkan graduan atau tenaga kerja yang kompeten, berketrampilan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

0 Response to "Jawatan Kosong di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) - 30 Jan 2016"

Post a Comment