Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) - 4 Feb 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) - 4 Feb 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) seperti di bawah: (Keutamaan adalah calon yang dilahirkan dan menetap di Negeri Selangor).



Jawatan:

1. PEGAWAI PENILAIAN W41 

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29

4. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

5. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

6. PENOLONG PUSTAKAWAN S27 

7. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17

8. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17

9. PEMBANTU PENGUATKUASA N17

10. PEMBANTU AKAUNTAN W17

11. PEMANDU KENDERAAN H11

12. PEMBANTU OPERASI N11

13. PEMBANTU AWAM H11

14. PEMBANTU OPERASI (TUKANG MASAK) N11


Tarikh tutup : 04 February 2016





 Jawatan Kosong Terkini 2015 di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) http://mehkerja.blogspot.my/


Latar Belakang Penubuhan Majlis Perbandaran Subang Jaya

Majlis Perbandaran Subang Jaya ( MPSJ ) ditubuhkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171 ) di bawah Seksyen 4. Sebelumdiistiharkan sebagai  MPSJ, ia dikenali sebagai Majlis Daerah Petaling. Pada tahun 1994, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menaiktaraf Majlis Daerah Petaling kepada Majlis Perbandaran Subang   Jaya.

Tujuan kenaikan taraf ini ialah untuk menyusun semula organisasi pentadbiran bagi menghadapi tekanan pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar. Melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 62, Majlis Perbandaran Subang Jaya telah diwartakan pada 02 Januari, 1997 mengikut pelan warta 1192 dengan keluasaan tapak 16,180 hektar dan terbahagi kepada tujuh (7 ) Blok Perancangan mengikut Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya 2020 (RTMPSJ 2020 ) iaitu:
  • Blok Perancangan 1 ( Subang Jaya – USJ );
  • Blok Perancangan 2 ( Subang Hi – Tech );
  • Blok Perancangan 3 ( Putra Height );
  • Blok Perancangan 4 ( Kinrara );
  • Blok Perancangan 5 ( Puchong );
  • Blok Perancangan 6 ( Bandar Putra Permai ); dan
  • Blok Perancangan 7 ( Seri Kembangan )

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) - 4 Feb 2016"

Post a Comment