Jawatan Kosong di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) - 31 Dec 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) - 31 Dec 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP). 



Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR GRED N17
Pekerja Sambilan Harian (PSH) 


Syarat-Syarat Umum

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh menghantar permohonan.

3. Pemohon telah menamatkan pengajian pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia dengan kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan).

4. Pemohon yang berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau
Diploma juga boleh memohon.

5. Mempunyai tahap kesihatan yang baik.

6. Permohonan daripada pelbagai bangsa amat digalakkan.


Dokumen Permohonan

1. Pemohon boleh mengemukakan resume terkini beserta gambar ukuran
pasport secara pos/serahan tangan ke alamat berikut:

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 Kuala Lumpur
(u.p.: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

2. Pemohon juga boleh menghantar resume ke emel
tanahwila@ptgwp.gov.my atau sahida@ptgwp.gov.my


Pengambilan : Sepanjang tahun



Jawatan Kosong Terkini 2016 di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) http://mehkerja.blogspot.my/


Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan yang asalnya dikenali sebagai Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) mengambil alih tanggungjawab sepenuhnya pentadbiran tanah Wilayah Persekutuan pada tahun 1975 apabila Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1 Februari 1974. Ia berkuat kuasa di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) tahun 1973 (Akta A206). Berikutan itu, segala urusan pentadbiran tanah yang dahulunya terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor telah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan. Kanun Tanah Negara telah diubahsuai bagi membolehkannya digunakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Satu kaedah tanah yang dikenali dengan nama Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan 1975 kemudiannya telah digubal. Ia telah diwartakan melalui Warta Kerajaan P.U. (A) 98 bertarikh 17 April 1975.

Pada peringkat awal penubuhannya, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPPLK), Jabatan Perdana Menteri. Apabila BKWPPLK membentuk Kementerian Wilayah Persekutuan pada tahun 2004, Pejabat ini dikekalkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 2007, Pejabat ini diletakkan semula di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. Hasil penstrukturan semula pentadbiran tanah di Wilayah Persekutuan yang berkuat kuasa pada 27 November 2008, Pejabat ini diserapkan di bawah satu organisasi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan. Mulai 1 Julai 2013, Pejabat ini diserap semula di bawah organisasi Wilayah Persekutuan (Jabatan Perdana Menteri).
.

0 Response to "Jawatan Kosong di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) - 31 Dec 2016"

Post a Comment