Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Pemilihan Laskar Muda TLDM - 13 Feb - 6 Mac 2016

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia dan beliawanis tanahair untuk memohon jawatan Laskar Muda Lelaki/Wanita Tentera Laut DiRaja Malaysia. 



Jawatan:

1. LASKAR MUDA LELAKI/WANITA TLDM SIRI 214/16

Temuduga Terbuka Pemilihan Laskar Muda TLDM


Kelayakan Akademik :

a. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam
mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat
peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; atau

b. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sijil
Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Lain-Lain Kelayakan:

a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga
23 tahun pada tarikh angkat sumpah 20 jun 2016.

b. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.

c. Taraf perkahwinan bujang.

d. Berat badan minima 47.5 kg (Lelaki) 46.5 kg (Wanita), tinggi sekurangkurangnya
1.62 meter (Lelaki) 1.60 meter (Wanita), Body Mass Index (BMI) di
antara 18 - 25 (Lelaki) 18 - 23 (Wanita).


Cara pengiraan:

BMI : Berat (kg) / [Tinggi(meter) / Tinggi(meter)]

e. Ukuran dada minima 76 sm (lelaki).

f. Penglihatan hendaklah terang dan jelas (6/6) tanpa cermin mata atau
kanta sesentuh serta tidak rabun warna.

g. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik,
pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Kecemerlangan dalam
bidang sukan akan diberi keutamaan.


Permohonan:

Calon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara online di
laman sesawang www.jobsmalaysia.gov.my mulai 13 Feb 2016 hingga 6 Mac 2016


Keistimewaan LLP TLDM:

• Peluang mengikuti Pengajian di bawah Program Skim Pengajian Tinggi.

• Kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer.

• Rawatan perubatan dan pergigian percuma.

• Bayaran insentif bagi yang berkhidmat di Sabah/Sarawak
(Tertakluk kepada syarat/kelayakan).

• Bayaran insentif Semenanjung Malaysia
(Tertakluk kepada syarat/kelayakan).

• Pakaian seragam percuma.

• Makan dan tempat tinggal percuma.

• Waren perjalanan tahunan percuma untuk cuti bersama keluarga.


Cara mohon melalui Jobsmalasia :

1. Sila ke laman Jobsmlaysia : Klik Sini

2. Seterusnya, pergi ke belah kanan web, daftar dahulu sebelum memohon. (jika belum mendaftar, sila berbiat demikian telebih dahulu. Boleh klik pautan ini. Klik Sini


3. Jika pernah mendaftar tetapi lupa kata laluan, anda boleh hubungi Pejabat Tenaga Kerja berdekatan. Boleh klik pautan ini. Klik Sini

4. Seterusnya, sila klik pautan ini utnuk panduan seterusnya. Klik Sini


Semoga berjaya diucapkan kepada anda daripada kami team mehkerja.




Previous Post Next Post