Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Temuduga Terbuka di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) - 27 Jan - 5 April 2016

Peluang keemasan kepada belia negara untuk menjadi salah seorang warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.



Jawatan:

1. PERAJURIT MUDA UDARA
SIRI 55/16 (LELAKI)


Temuduga Terbuka 2016 di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) http://mehkerja.blogspot.my/

KELAYAKAN AKADEMIK:

1. SKIM SPM. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Kepujian dalam
matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Salah Satu Matapelajaran
Sains (Sains / Sains Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Matematik Tambahan)
serta Lulus dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.

2. SKIM SKM. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang tertentu
dan mendapat Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu serta Lulus
matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Salah Satu Mata Pelajaran
Sains (Sains / Sains Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Matematik Tambahan)
di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

3. SKIM TUGAS KHUSUS. Diploma dalam Bidang Kejuruteraan* (Rujuk Jadual
Senarai Diploma Kejuruteraan) dan mendapat Kepujian dalam matapelajaran
Bahasa Melayu serta Lulus matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan
Salah Satu Matapelajaran Sains (Sains / SainsTambahan / Fizik / Kimia /
Biologi/ Matematik Tambahan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Diploma hendaklah disahkan pengiktirafan setaraf dengan Diploma
Kejuruteraan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

KELAYAKAN LAIN:
1. Umur. Pemohon hendaklah berusia diantara 18 hingga 24 tahun pada
tarikh 1 Julai 2016.

2. Tahap Kesihatan. Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran dalam
keadaan baik tanpa alat bantuan.

3. Fizikal. Memenuhi syarat fizikal seperti berikut:

a. Berat Badan Minimum. Lelaki – 47.5 kg

b. Ketinggian Minimum. Lelaki – 1.62 m

c. Indeks Jisim Badan (BMI). Diantara 18 hingga 25. Cara pengiraan:
BMI = _____Berat (kg)_____
Tinggi (m) x Tinggi (m)

d. Ukuran Dada Minimum. Lelaki sahaja – 76 cm (keadaan biasa).

4. Kecergasan Jasmani. Memiliki kecergasan jasmani yang tinggi.

5. Keutamaan akan diberi kepada atlit yang sedang aktif mewakili negeri atau
negara dalam kejohanan yang diiktiraf dalam sukan tertentu.


CARA PERMOHONAN:

1. Pemohon hendaklah hadir ke Pemilihan Awal di Pusat Pemilihan yang
ditetapkan seperti berikut:

a. Pendaftaran : 8.00 – 8.30 pagi.

b. Pakaian : Lengkap pakaian sukan dan berkasut.

c. Sila bawa dokumen asal MyKad, Sijil Lahir terkini (berwarna hijau), Sijil
Akademik SPM/SKM/Diploma (Transkrip atau Surat Pengesahan kepada
pemohon yang belum menerima Sijil Diploma) salinan kad pengenalan
ibubapa dan alat tulis.

2. Program Pemilihan Awal adalah seperti berikut:

a. Pendaftaran dan Pemeriksaan Dokumen.

b. Pemeriksaan Fizikal.

c. Ujian Personaliti.

d. Ujian Kecergasan Jasmani


Sila hadir di Pusat Pemilihan berikut :

Previous Post Next Post