Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Permodalan Negeri Selangor Berhad - 5 Feb 2016

Permodalan Negeri Selangor Berhad telah berkembang dalam memenuhi cabaran dan tuntutan ekonomi . Dalam usaha memperluaskan operasi perniagaan, PNSB mementingkan tenaga kerja sebagai sebahagian tulang belakang untuk mencapai misi dan visinya. Oleh itu, jika anda seorang yang berwawasan, anda dipelawa memohon jawatan seperti di bawah:



Jawatan:

1. PEMANDU


Skop Kerja:

- Memandu kenderaan bagi Ketua Pegawai Kewangan 

- Memastikan kenderaan dan peralatan di bawah jagaan yang baik, bersih setiap masa. 

- Bertanggungjawab menjaga keselamatan kenderaan 

- Bertanggungjawab mengemaskini buku Log kenderaan dan menghantar kenderaan ke bengkel untuk pemeriksaan dan selenggara 

- Bertanggungjawab mematuhi undang-undang jalan raya 

- Melaksanakan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh pegawai dari masa ke semasa

Syarat-Syarat :

- Mempunyai pengalaman dalam bidang yang berkaitan adalah satu kelebihan 

- Minima mempunyai SPM 

- Mempunyai lesen memandu kelas D 

- Calon yang tinggal sekitar Kajang Selangor akan diberi keutamaan 


Cara Mohon:

Calon yang berminat , sila hantar resume terkini berserta dengan nombor telefon , gambar terkini , kelayakan pendidikan, pengalaman kerja dan gaji yang dipohon ke e-mel atau pos ke alamat:

Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran
Permodalan Negeri Selangor Berhad 
Tingkat 25, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran 
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan 

atau 

Sila emailkan resume kepada nurulhuda@pnsb.com.my


Tarikh Tutup Permohonan : 05 Februari 2016


Jawatan Kosong Terkini 2016 di Permodalan Negeri Selangor Berhad http://mehkerja.blogspot.my/


Previous Post Next Post