Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sabah - 9 Mac 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-



Jawatan:-

1. PEGAWAI TADBIR NA41


Syarat Lantikan:

a) i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM1,911.00); atau

ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,114.43); atau

iii) Ijazah Sarjana Muda Undang - Undang yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,216.64)
dan

b) Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana dan menilai dasar dan
peraturan dalam bidang :

(a) Pentadbiran Am seperti pentadbiran pejabat, rekod, protokol dan
istiadat, keselamatan, pengurusan harta dan bangunan, keurusetiaan,
seranta dan perhubungan awam

(b) Pengurusan Personel seperti perjawatan, skim-skim perkhidmatan,
pembangunan organisasi dan perancangan tenaga manusia,
perkhidmatan latihan dan kerjaya, gaji, elaun dan kemudahan, faedah
persaraan dan hubungan perusahaan

(c) Pengurusan Kewangan seperti kewangan am, belanjawan, akaun dan
pembayaran, pengurusan material dan stor

(d) Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

(e) Penyelidikan dan Pembangunan Pengurusan seperti pemodenan
tadbiran, pembangunan sistem kerja dan penggunaan automasi pejabat


Cara Memohon:

Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari
 Laman web SPANS di alamat http://www.jawatan.sabah.gov.my/

Kemudahan untuk memohon secara on line ini ada disediakan secara percuma di
pejabat :

Urus Setia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS,
KOTA KINABALU.

Salinan sijil - sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon /
kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil
akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.


Tarikh tutup permohonan : 09 Mac 2016





Jawatan Kosong Terkini 2015 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sabah http://mehkerja.blogspot.com/


Pengenalan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) atau pada awalnya dikenali dengan nama The North Borneo (Public Service Commission) Order in Council 1963 telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 Mac 1963 dalam Warta Kerajaan Bil. S43/63. Selepas Negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, maka pewujudan SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) Perlembagaan Negeri Sabah. SPANS.

Pelantikan Ahli-ahli SPANS diperuntukkan di bawah  Perkara 36(1) dan Perkara 36(2) Perlembagaan Negeri Sabah. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah selepas berunding dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah boleh melantik seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada 3 orang tetapi tidak melebihi 8 orang Ahli. Pada masa ini Ahli-ahli SPANS terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 7 orang Ahli.

Bagi melicinkan proses tadbir urus, SPANS di bawah Perkara 37(7) Perlembagaan Negeri Sabah boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. Bagaimanapun tanggungjawab mutlak (ultimate responsibility) masih terletak pada SPANS bagi menentukan perwakilan kuasa itu dilaksanakan dengan teratur.

Previous Post Next Post