Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Youth Centre UTC, Kelantan - 11 Feb 2016

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan di Youth Centre UTC Kota Bharu Kelantan bagi jawatan seperti berikut:-



Jawatan:

1. PEMBANTU YOUTH CENTRE S17


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Warganegara Malaysia

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Berkemahiran menggunakan komputer.

Keutamaan kepada individu yang boleh bekerja mengikut shift.

Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Peperiksaan Malaysia – kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Mempunyai latar belakang dalam bidang sukan. Keutamaan kepada individu yang mempunyai pengetahuan dalam peralatan dan penggunaan alatan gimnasium, memanah dan aerobik.


Cara memohon:

Pemohon hendaklah menghantar resume ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan atau Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu Panji Kelantan.

Semua maklumat yang diisi dalam resume hendaklah ditulis dengan jelas dan terang.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, salinan sijil keputusan peperiksaan, salinan sijil-sijil kemahiran YANG BERKAITAN (sekiranya ada) dan salinan sijil tamat persekolahan yang TELAH DISAHKAN.

Resume tersebut perlu dimasukkan dalam sampul surat bersesuaian dan ditulis PSH UTC di bucu atas sebelah kiri sampul tersebut.

Borang permohonan hendaklah dihantar ke alamat di bawah:

Pengarah
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
15200 Kota Bharu
Kelantan
(U/P : Pn. Nor Haisahriza Bt. Md. Noor)


Tarikh tutup permohonan pada 11 Februari 2016 (KHAMIS).




http://mehkerja.blogspot.my/



Previous Post Next Post