Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) - 27 Mac 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia rakyat Negeri Kedah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :



Jawatan:

1. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41

2. PEMBANTU PENGUATKUASA N17

3. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17

4. PENGAWAL KESELAMATAN KP11



Cara memohon:

1. Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan Majlis Bandaraya Alor Setar yang dikenakan bayaran RM 7.00 (Ringgit Malaysia : Tujuh sahaja). Borang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan – Bahagian Sumber Manusia Tingkat 11, Menara MBAS Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah atau mengirim sampul surat berukuran 10cm x 23cm yang beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 dan dikenakan bayaran RM 7.00 dalam bentuk Wang Pos ( bayar kepada : MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR ) .

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat:

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
 JALAN KOLAM AIR, 05675 ALOR SETAR, KEDAH.


Tarikh tutup permohonan : 27 Mac 2016




Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) http://mehkerja.blogspot.com/


Latar Belakang

Dari sebuah Badan Kebersihan Bandar atau "Sanitary Board", pentadbiran Bandar Alor Setar bertukar kepada "Lembaga Bandaran Alor Setar" pada tahun 1958 yang kemudiannya dinaikkan taraf sebagai "Majlis Daerah Kerajaan Tempatan" pada 1 Mac 1974, sekali lagi dinaikkan taraf sebagai "Majlis Perbandaran Kota Setar" pada 1 Februari 1978 dan akhirnya diistiharkan sebagai "Majlis Bandaraya Alor Setar" pada 21 Disember 2003.

Menjelang kelahiran Alor Setar sebagai "Bandaraya" pada bulan Disember 2003, genaplah usianya 268 tahun semenjak ianya diasaskan pada 31 Disember 1735. Dengan ini membuktikan bahawa Bandaraya Alor Setar merupakan salah sebuah Bandaraya yang tertua di rantau ini.

Previous Post Next Post