Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kluang - 9 May 2016

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Johor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Perbandaran Kluang.



Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29


Syarat Lantikan Wajib:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;


Syarat Lantikan :

(c) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada institusi-institusi latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan Gred U29 : RM 1,688.00]

(d) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan Gred U41: RM 2,260.00 ]

dan (e) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa
Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada Peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.


Cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang
boleh didapati dengan harga RM 1.00/set di pejabat Majlis Perbandaran
Kluang atau dengan memuat turun borang di laman web
http://www.johor.gov.my atau muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KLUANG
WISMA MAJLIS PERBANDARAN KLUANG
JALAN KOTA TINGGI
86000 KLUANG
JOHOR DARUL TA’ZIM


 Tarikh Tutup Permohonan : 09 May 2016


(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)


Jawatan Kosong Terkini 2015 di Majlis Perbandaran Kluang http://mehkerja.blogspot.com/


Sejarah

Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu 'keluang', yang bermaksud sejenis kelawar besar ataupun kelawar buah. Haiwan-haiwan sebegini pernah wujud dalam bilangan yang banyak di daerah Kluang beberapa dekad yang lalu; tetapi kini hampir tiada lagi disebabkan aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat semulajadinya

Kedudukan Kluang terletak di tengah-tengah Negeri Johor Darul Ta'zim, dikelilingi oleh semua daerah, kecuali daerah Muar. Keluasan daerah Kluang ialah 2,8518.8 kilometer persegi. Keluasan kawasan pentadbiran Majlis seluas 126.57 kilometer persegi. Kluang mudah dihubungi dengan bandar-bandar lain dengan melalui rangkaian jalan raya dan keretapi.

Tahun 1915 merupakan tahun bersejarah bagi Kluang. Pada tahun tersebut pusat pentadbiran telah ditubuhkan bagi kawasan tengah Johor. Pada tahun yang sama juga perhubungan landasan keretapi menghubungi Kluang dengan bandar-bandar utama lain telah dibina. Pertumbuhan pesat bandar Kluang bermula pada tahun 1920-an dan 1930-an dengan daerah pengeluar getah paling utama.

Majlis Perbandaran Kluang diberi kuasa menerusi Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan beberapa akta lain berkaitan serta Undang-undang Kecil untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya. Sejarah penubuhannya sebagai penguasa tempatan bermula pada tahun 1920 apabila Lembaga Bandaran Kluang dibuka. Lembaga Bandaran Kluang telah dinaik taraf kepada Majlis Bandaran Kluang pada tahun 1957, Majlis Daerah Kluang Utara pada 1977 dan seterusnya diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Kluang pada 8 Mei 2001.

Previous Post Next Post