Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - 2 May 2016

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) seperti yang dinyatakan di bawah ini:-



Jawatan:

1. JURUTERA J41

2. PEGAWAI TADBIR N41

3. PEGAWAI PENERBITAN N41

4. PEGAWAI PENYELIDIK Q41

5. PEGAWAI PSIKOLOGI S41

6. PEGAWAI FARMASI U41

7. JURUAUDIT W41

8. PELUKIS PELAN (SENI BINA) / PENOLONG PEGAWAI SENIBINA JA29

9. PENOLONG ARKITEK LANSKAP JA29

10. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) / PENOLONG JURUTERA JA29

11. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

12. PENOLONG PEGAWAI PENYEDIAAN MAKANAN C27

13. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G27

14. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

15. PENOLONG PENGURUS ASRAMA N27

16. PEMBANTU MAKMAL C17

17. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17

18. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J17

19. PEMBANTU KESELAMATAN KP17

20. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N17

21. PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N17

22. PENYELIA ASRAMA N17

23. PEMBANTU AKAUNTAN W17

24. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

25. PEMBANTU OPERASI N11

26. PEMBANTU AWAM H11


Tarikh Tutup Permohonan : 02 Mei 2016






Penubuhan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di negara ini. Penubuhan ini mencatatkan satu lembaran baru dalam perkembangan pendidikan negara. Pusat ini dikendalikan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui memorandum persefahaman yang telah ditandatangani bersama pada 28 Jun 1993.

Sebagai pengiktirafan kepada sebuah institusi teknologi yang cemerlang dalam mengharungi perkembangan pendidikan negara terutama keupayaan menangani isu pembangunan sumber manusia khasnya dalam bidang teknikal di negara ini membawa kepada pengisytiharan nama baru iaitu Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) pada 12 April 1996 oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu, Dato’  Sri Najib Tun Abdul Razak.

Dengan kelebihan dan kejayaan melaksanakan tanggungjawab sebagai penyumbang kepada perkembangan yang berteraskan sains dan teknologi dan bertindak sebagai nadi penggerak dalam membantu merealisasikan peranan negara serta kepercayaan oleh kerajaan, maka kabinet pada 27 September 2000 telah bersetuju menaiktaraf ITTHO kepada sebuah Universiti di bawah Akta 30 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan dikenali dengan nama Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (KUiTTHO). Pengumuman bersejarah ini telah dibuat oleh YB Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia pada 30 September 2000.

Lembaran baru perjalanan menuju puncak kegemilangan institusi ini diselak lagi  apabila mesyuarat Kabinet yang telah diadakan pada 20 September 2006 telah meluluskan untuk menukar nama KUiTTHO yang akan dikenali sebagai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). 1 Februari 2007 merupakan satu tarikh keramat kepada semua warga universiti apabila Datuk Mustapa bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi membuat pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut. Majlis Perisytiharan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) telah berlangsung pada 2 Mac 2007 dan dirasmikan oleh YB Dato’  Seri Hishammuddin bin Tun Hussein Onn.

Previous Post Next Post