Temuduga Terbuka Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) - 23 & 25 April 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Temuduga Terbuka Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) - 23 & 25 April 2016

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempelawa pemohon yang berminat untuk memohon jawatan Penemuduga Sambilan di Pusat Pungutan Data Berkomputer (CATI) di CYBERJAYA. Tugas tersebut tidak melibatkan aktiviti berbentuk jualan dan ganjaran adalah berdasarkan bilangan temu bual yang diselesaikan. Sekiranya anda peramah, sentiasa sabar dan bersopan-santun dalam perbualan, kami ingin berjumpa dengan anda.



Jawatan:

1. PENEMUDUGA SAMBILAN


Tugas-tugas merangkumi:

• Menjalankan pelbagai kajian melalui temu bual telefon

• Mematuhi polisi dan prosedur dalam mengendalikan kajian

• Bekerja sebagai sebuah pasukan

• Menjaga kerahsiaan maklumat responden


Kelayakan:

• Warganegara Malaysia yang memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan
yang setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Pemohon yang matang
walaupun tidak mempunyai syarat ini akan dipertimbangkan)

• Fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

• Kemahiran bertutur dalam Bahasa Kantonis/Mandarin/Tamil atau bahasa-bahasa lain merupakan
satu kelebihan

• Berkemampuan untuk bertutur dengan jelas dan mempunyai nada suara yang baik adalah satu kemestian

• Gemar berinteraksi dengan orang ramai dan mempunyai perwatakan yang disenangi

• Pengalaman mengumpul data atau bekerja di pusat panggilan pelanggan merupakan satu kelebihan

• Pesara yang mahir menggunakan tetikus komputer dan papan kekunci juga akan dipertimbangkan


Pemohon yang berminat dan memenuhi kriteria kelayakan dijemput untuk menghadiri temuduga terbuka dengan membawa MyKad asal, satu salinan gambar bersaiz passport dan sijil SPM di:-

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Aras G, MCMC Tower 1, Jalan Impact, Cyber 6, 
63000 Cyberjaya, Selangor

pada 23 & 25 April 2016, Sabtu & Isnin bermula dari 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari.

Kegagalan membawa semua dokumen yang diperlukan untuk temuduga boleh mengakibatkan
permohonan ditolak.

Anda tidak perlu memohon sekiranya anda pernah ditemuduga untuk jawatan ini.
Jawatan Kosong di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


History

With the birth and explosion of a new convergent communications and multimedia industry in Malaysia in the mid 1990s, a new paradigm requiring new approaches in media policies and regulation became a necessity. In line with this, Malaysia adopted a convergence regulation model with regards to the communications and multimedia industry in November 1998. Two legislations were enacted to give effect to the new regulatory model: the Communications and Multimedia Act 1998 which set out a new regulatory licensing framework for the industry and the Malaysian Communications and Multimedia Commission Act (1998) which created a new regulatory body, the Malaysian Communications and Multimedia Commission.

The Communications and Multimedia Act (1998) came into enacted on 1 April 1999, while with it, the Telecommunications Act (1950) and the Broadcasting Act (1988) were repealed.

0 Response to "Temuduga Terbuka Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) - 23 & 25 April 2016"

Post a Comment