Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) - 10 Jun 2016

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut di pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan:-



Jawatan:

1. PEGAWAI PENYELARAS MASJID DAERAH GRED S27


Syarat Lantikan:

a. Warganegara Malaysia.

b. Berumur tidak kurang daripada 25 tahun dan tidak melebihi 45 tahun.

c. Lelaki dan sihat tubuh badan.

d. Mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang baik supaya dapat memberi
bimbingan yang berkesan dalam pengurusan dan pengimarahan
masjid/surau.

e. Mempunyai kebolehan khusus seperti berikut :-

i. Memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) principal dalam
subjek Syariah atau Usuluddin; atau Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM); atau Diploma dalam bidang pengajian Islam;

ii. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas dalam memberi
khidmat nasihat dan menyelia hal ehwal kewangan
masjid/surau; dan

iii. Berkebolehan menyelia dan menyelaras aktiviti pengimarahan
di masjid/surau.

Deskripsi Tugas :

• Bertanggungjawab kepada Pegawai Penyelaras Kanan Pejabat
Pentadbiran Pusat Zon dalam urusan penyelarasan serta
pemantauan, pengurusan dan pengimarahan masjid/surau.

• Juga bertanggungjawab kepada Pegawai Penyelaras Takmir
dalam program takmir masjid.


Tarikh Tutup Permohonan : 10 Jun 2016






Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ditubuhkan pada peringkat awalnya dengan nama Urusetia Majlis dengan tujuan untuk melancarkan perjalanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Ia diwujudkan pada 1 Februari 1974.

Urusetia Majlis pada ketika itu hanya terdiri dari beberapa orang pegawai sahaja, mereka terdiri daripada:


  • Mufti Wilayah Persekutuan
  • Kadi Besar Wilayah Persekutuan
  • Ketua Penolong Setiausaha
  • 2 Orang Kadi
  • Pegawai Tadbir Masjid
  • 2 Orang Pegawai Zakat & baitulmal
  • Pegawai Pendakwa & Penguatkuasa

Apabila Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ditubuhkan pada tahun 1978, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diletakkan di bawah Kementerian ini. Walaubagaimanapun, pada tahun 1987 Kementerian ini telah dimansuhkan. Maka, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diletakkan pula di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga kini. Pada peringkat awal operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hanya terdiri daripada beberapa unit kecil sahaja iaitu :-


  • Unit Pentadbiran
  • Unit Pengurusan Masjid
  • Unit Penguatkuasa & Pendakwaaan
  • Unit Pentadbiran Nikah , Cerai dan Ruju`
  • Unit Zakat & Baitulmal
  • Unit Fatwa

Sejak awal penubuhannya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak pernah menoleh ke belakang malah terus berkembang hingga ke hari ini dengan kewujudan 2 cawangan iaitu Cawangan Labuan diwujudkan pada 16 April 1984 manakala Cawangan Putrajaya pula diwujudkan pada 1 Ogos 2001. Kini, peranan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diperluaskan kepada beberapa bidang antaranya : -

  • Merancang pembangunan dan aset Majlis
  • Penyelidikan
  • Memberi pendidikan serta keperluan guru yang mencukupi untuk mendidik anak-anak masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan
  • Menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan
  • Pengurusan saudara baru yang lebih konsisten
  • Pengurusan zakat , wakaf dan Baitulmal
  • Penguatkuasaan & Pendakwaan serta memberi kaunseling kepada pasangan bermasalah
  • Pentadbiran Undang-undang Keluarga yang lebih sistematik
  • Menerbit dan mengedarkan majalah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti JAWI dan kitab-kitab agama
  • Penyelidikan fatwa

Previous Post Next Post