Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) - 3 July 2016

 mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:



Jawatan:


1. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S17


Mengikut jurusan yang di pohon:-

1.1 Pemaju Masyarakat Khas

1.2 Pemaju Masyarakat Kemahiran Jahitan

1.3 Pemaju Masyarakat Kemahiran Masakan

1.4 Pemaju Masyarakat Kemahiran Dandanan Diri

1.5 Pemaju Masyarakat Kemahiran Seni Tangan

1.6 Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga

1.7 Pemaju Masyarakat Pendidikan Literasi Komputer

1.8 Pemaju Masyarakat Pusat Sumber

1.9 Pemaju Masyarakat Bina Insan

1.10 Pemaju Masyarakat Pembangunan Desa dan Perhubungan

1.11 Pemaju Masyarakat Pendidikan Literasi Fungsian



Syarat Kelayakan:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 19 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan, kecuali bagi bekas anggota tentera (Kor Agama
Angkatan Tentera);

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan dan;

(d) Calon hendaklah lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang
mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM)


Cara Memohon:

Pemohon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS Pin. 2016 yang boleh didapati
daripada KEMAS Negeri. Borang permohonan juga boleh dimuat turun dari laman
sesawang KEMAS (www.kemas.gov.my) atau Facebook KEMAS;

Calon dibenarkan untuk memohon satu jawatan sahaja dengan
menyatakan jurusan jawatan;
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada salah satu
alamat KEMAS Negeri *(negeri bermastautin / merancang untuk
bermastautin) seperti yang dilampirkan sebelum tarikh tutup permohonan;

*Sekiranya calon berjaya dalam temuduga, penempatan bertugas akan ditentukan mengikut Negeri di mana tempat borang permohonan dihantar.


Tarikh Tutup Permohonan : 03 Julai 2016


Maklumat Lanjut boleh dimuat turun pada pautan berikut:




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini



Tentang KEMAS

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar.

Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.

Previous Post Next Post