Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - 15 July 2016

Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai kami.



Jawatan:

1. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED 11 - TETAP

2 Kekosongan


Kelayakan Memohon:

Pemohon mestilah tamat Tingkatan III Sekolah Menengah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan;

Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Kekompetenan Kategori AO (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

DAN

Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.


Kelayakan Tambahan:

Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat secara tetap adalah layak dipertimbangkan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

a) Mempunyai kelayakan akademik seperti yang ditetapkan; dan

b) Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun selepas disahkan dalam perkhidmatan jawatan sekarang.

Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat secara kontrak atau sambilan adalah layak dipertimbangkan untuk memohon sekiranya mempunyai kelayakan akademik seperti di atas


Tarikh tutup permohonan : 15 Julai 2016





Kerja Kosong Terkini LHDN


Profil LHDNM

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

LHDNM ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.

Dahulu dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (JHDNM), ia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Agensi ini bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran cukai langsung di bawah akta berikut : 
Akta Cukai Pendapatan 1967, 
Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967,
Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976,
Akta Penggalakan Pelaburan 1986, 
Akta Setem 1949, 
Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990.


Fungsi Lembaga

Untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan memberi perkhidmatan dalam pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan apa-apa cukai lain sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dengan Lembaga,

Untuk menasihati Kerajaan mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian dan menghubungi Kementerian dan badan berkanun yang sewajarnya mengenai perkara-perkara tersebut,

Untuk turut serta di dalam atau di luar Malaysia berkenaan dengan perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian,

Untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberi kepada Lembaga oleh mana-mana undang-undang bertulis lain dan

Boleh bertindak sebagai ejen pemungutan untuk dan bagi pihak mana-mana badan untuk mendapatkan pinjaman yang kena dibayar balik kepada badan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis.


Kuasa Lembaga

Membuat Kontrak,

Mempergunakan segala harta Lembaga, alih dan tak alih, dengan cara yang difikirkan suaimanfaat oleh Lembaga termasuklah mendapatkan pinjaman dengan menggadai harta tersebut,

Melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan, sama ada bersendiri atau bersama-sama dengan organisasi lain, atau agensi antarabangsa, bagi menggalakkan pemahaman percukaian yang lebih baik,

Memberi nasihat atau bantuan teknikal, termasuk kemudahan latihan kepada pihak-pihak berkuasa percukaian negara-negara lain,

Mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga,

Memberi pinjaman kepada pekerja-pekerja Lembaga bagi apa-apa maksud yang diluluskan secara khusus oleh Lembaga,

Menyediakan kemudahan rekreasi dan menggalakkan kegiatan rekreasi bagi, dan kegiatan yang berfaedah untuk, kebajikan pekerja Lembaga,

Menyediakan latihan untuk pekerja Lembaga dan memberi biasiswa atau selainnya membiayai latihan tersebut dan

Melakukan apa juga yang bersampingan dengan mana-mana kuasanya.

Previous Post Next Post