Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tanah Merah - 30 Jun 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tanah Merah - 30 Jun 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Kelantan Darul Naim yang berkelayakan sahaja, untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di dalam iklan. 



Jawatan:

1.PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29

2.PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

3.PEMANDU KENDERAAN H11

4.PEMBANTU AWAM H11


Cara Mohon:

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Majlis Daerah Tanah Merah dengan harga RM3.00. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Tanah Merah beserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM1.00.

Satu permohonan jawatan sahaja boleh diisi menggunakan satu Borang Permohonan sahaja.


Tarikh Tutup Permohonan : 30 Jun 2016


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah






Pengenalan

Majlis Daerah Tanah Merah terletak 3 KM dari utara dari tebing Sungai Kelantan, dengan keluasan yang meliputi kira-kira 2, 993.10 hektar.Pejabat Pentadbiran MDTM terletak di Majlis Daerah Tanah Merah, 17500 Tanah Merah, Kelantan.

Sejarah Ringkas

Majlis Daerah Tanah Merah telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 di bawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) dengan kawasan yang diwartakan seluas 136.60 km. persegi.

Penubuhan ini dibuat dengan penyusunan semula beberapa kawasan untuk diletakkan di bawah satu pentadbiran iaitu gabungan tiga Penguasa Tempatan yang sedia ada serta beberapa pusat pertumbuhan ekonomi yang lain di jajahan ini.

Berdasarkan kepada keluasan kawasan Majlis yang diwartakan pada 1 September 2005, ianya menjadikan keluasan pentadbiran Majlis kepada 867.67 km persegi dengan jumlah penduduk seramai 103,487 orang. Penduduk majlis terdiri dari komposisi kaum utama iaitu Melayu 95%, kaum Cina 3% dan kaum India 1%.

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tanah Merah - 30 Jun 2016"

Post a Comment