HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) - 30 Jun 2016

Majlis Sukan Negara Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-



Jawatan:

1. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S41

2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (ASET) N29

4. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S29

5. CHEF DE PARTIE 29

6. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19

7. PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N19

8. PEMANDU KENDERAAN H11

9. PEMBANTU AWAM H11

10. PEMBANTU AWAM (KREW PERKHIDMATAN MAKANAN) H11

11. PEMBANTU AWAM (STEWARD) H11


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman web Majlis Sukan Negara Malaysia di nsc.gov.my atau melalui link admin sediakan di bawah.

Semua permohonan hendaklah disertakan dokumen-dokumen yang DISAHKAN seperti berikut:-
Salinan sijil PMR/SPM/STPM dan setaraf;

- Salinan Diploma/Ijazah dan sijil-sijil kemahiran yang berkaitan;
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
- Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran; dan
- Gambar terbaru berukuran paspot (tidak dikembalikan)


Tarikh tutup permohonan : 30 Jun 2016



Klik Muatturun Borang Permohonan




Sejarah

Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.

Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.


0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) - 30 Jun 2016"

Post a Comment