HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Ketereh - 14 Aug 2016

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Kelantan yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Daerah Ketereh.



Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara malaysia

b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;atau

ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengan nya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer
dan/atau mengambil trengkas)


Cara Memohon:

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di
dalam Perkhidmatan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam yang
boleh diperolehi dengan bayaran RM3.00 :

i) di Kaunter Bahagian Perbendaharaan, Pejabat Majlis Daerah Ketereh
Perbandaran Islam, KM 19 Jalan Kuala Krai, 16450 Kota Bharu,
Kelantan.

ii) Muat - turun melalui laman web Majlis Daerah Ketereh Perbandaran
Islam www.mdketereh.gov.my ( hanya borang yang dilampirkan
beserta resit bayaran / cetakan resit bayaran / Wang Pos RM3.00 atas
nama Majlis Daerah Ketereh sahaja yang akan diproses ). Bayaran
secara online boleh dibuat melalui Perbankan Elektronik kepada Majlis
Daerah Ketereh melalui RHB No. 25302500001325 dan Bank Islam
No. 03120010000711. ( Sila kembarkan butir – butir pembayaran )

iii) Borang juga boleh didapati dengan menghantar sampul surat 20cm x
23cm bersetem, wang pos RM3.00 atas nama Majlis Daerah Ketereh
dan beralamat sendiri.

(b) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul
berkenaan berserta dengan resit semasa mengembalikan borang
permohonan.

(c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang
diakui sah oleh pegawai Kumpulan Pengurusan / Profesional serta
sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan dokumen- dokumen
lain sebagai sokongan.

(d) Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan
hendaklah mengikut Peraturan 17. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005).

(e) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM
KM 19, JALAN KUALA KRAI
16450 KOTA BHARU
KELANTAN

(f) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga.

(g) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggung
jawab calon sendiri.

(h) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan
dari tarikh iklan ditutup hendaklah mengganggap permohonan tidak
berjaya. 


Tarikh tutup permohonan : 14 Ogos 2016



Penubuhan Majlis Daerah Ketereh

Majlis Daerah Ketereh (MDK) ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Januari 1979 bersamaan 2 Safar 1399H dengan nama Majlis Daerah Kota Bharu (MDKB) hasil penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Kelantan dibawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan. Nama Majlis Daerah Kota Bharu ditukar kepada Majlis Daerah Ketereh pada 31 Januari 2006 bersamaan 1 Muharam 1427H. Pada tanggal 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432H, Majlis Daerah Ketereh telah diisytiharkan sebagai Perbandaran Islam dan telah dikenali sebagai Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI).

Kawasan dan Keluasan

Majlis Daerah Ketereh merangkumi kawasan seluas 155.90 km persegi yang meliputi kawasan-kawasan keseluruhan Daerah Ketereh, Daerah Peringat, Daerah Kadok, Mukim Salor(Daerah Salor), Mukim Pendek(Daerah Pendek) dan Mukim Badak Mati(Daerah Banggu). Pada 9 September 2004, pewartaan kawasan baru seluas 49.04 km persegi yang merangkumi seluruh Daerah Beta, Daerah Salor, Mukim Lembu dan sebahagian Mukim Tiong(dalam Daerah Pendek) telah diluluskan dan menjadikan jumlah keluasan terbaru ialah seluas 204.94 km persegi. Pusat pentadbiran Majlis Daerah Ketereh terletak di Pekan Ketereh iaitu 20 km ke selatan daripada pusat Bandar Kota Bharu.

Keluasan Daerah Ketereh merangkumi Daerah Peringat, Mukim Pendek, Mukim Salor, Mukim Badak Mati dan Mukim Kadok. Seterusnya pada 2 Jun 2004, keluasan daerah ini bertambah sebanyak 49.04 kilometer persegi merangkumi Daerah Beta, Daerah Salor, Mukim Lembu dan Mukim Tiong.


0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Daerah Ketereh - 14 Aug 2016"

Post a Comment