Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Lenggong - 27 July 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap berikut, keutamaan akan diberi kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.  



Jawatan:

1. PEMBANTU AWAM GRED 11


Syarat Lantikan:

Calon bagi Lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup
iklan jawatan; dan

c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan;

d) Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang
memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar
bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan
sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja;

e) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam
bahasa Malaysia dengan baik;

f) Boleh bekerja di luar waktu pejabat dan di luar
stesyen apabila diperlukan;

g) Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
ketua jabatan.


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang rasmi
(MDLG.Pkdm.1/96 yang boleh diperolehi di Pejabat Majlis Daerah lenggong atau
melayari laman sesawang www.mdlg.gov.my (atau muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah). Permohonan yang telah lengkap diisi
hendaklah di hantar ke alamat berikut beserta dokumen dokumen yang diminta seperti di dalam Maklumat Iklan di bawah:-.

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH LENGGONG,
JALAN ALANG ISKANDAR,
33400 LENGGONG,
PERAK DARUL RIDZUAN.


Tarikh tutup permohonan : 27 July 2016




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini


Kerja Kosong Terkini Negeri Perak


Latar Belakang

Majlis Daerah Lenggong ditubuhkan pada 1 Disember 1979. Keluasan kawasan pentadbiran berjumlah 9,590 hektar dengan jumlah penduduk seramai lebih kurang 17,000 orang. Pekan Lenggong adalah pusat pentadbiran yang terletak ditengah-tengah kawasan iaitu disebelah selatan 62 km. dari Bandar Diraja Kuala Kangsar dan sebelah utara 57 km. dari Gerik iaitu Pusat Pentadbir bagi Daerah Hulu Perak. Majlis Daerah Lenggong merangkumi 10 kawasan iaitu: Ayer Kala, Selat Pagar, Padang Grus, Rancangan Perumahan Awam Gua Badak, Rancangan Perumahan Awam Gelok, Pekan Lenggong, Kg. Kota Tampan, Taman Kota Tampan, Pekan Raban dan Pekan Kuak. Keluasan kawasan adalah seluas 60. 8km persegi. Dengan luas kawasan operasi ialah 3km persegi dan luas kawasan kawalan ialah 57. 8km persegi.

Previous Post Next Post