Jawatan Kosong di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) - 13 Sept 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) - 13 Sept 2016

Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Lembaga Lebuhraya Malaysia:-



Jawatan:

1. JURUTERA AWAM (GRED J41)


Syarat Kelayakan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4. Taraf Jawatan : Tetap/Kontrak

5. Fungsi Bidang Tugas :

Memantau dan memastikan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal (M&E) di lebuh raya merangkumi peringkat perancangan, rekabentuk, pembinaan, operasi dan penyenggaraan dilaksana serta disiapkan mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Di samping itu, turut bertanggungjawab dalam menyemak, memberi ulasan dan kelulusan ke atas Ringkasan Rekabentuk dan Lukisan Rekabentuk Terperinci bagi Sistem Perlampuan Jalan, Sistem Kutipan Tol (TCS), Sistem Pengawasan dan Kawalan Trafik (TCSS) dan Sistem M&E Bangunan dan Sistem M&E Terowong. Selain itu, bertanggungjawab menguruskan kontrak penyenggaraan M&E Bangunan dan Pusat Pengurusan Trafik (TMC) LLM. 


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui laman sesawang
Lembaga Lebuhraya Malaysia di alamat http://ejawatan.llm.gov.my/index.html
atau melalui link di bawah:


Tarikh tutup permohonan : 13 September 2016 (Selasa)


 Jawatan Kosong Terkini 2016 di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)


Latar Belakang

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) adalah sebuah badan berkanun yang telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1980 mengikut Akta 231 (Perbadanan 1980). Tujuan penubuhan LLM adalah untuk menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan, pengawalan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya- lebuh raya, mengenakan dan mengutip tol, membuat kontrak dan membuat peruntukan-peruntukan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Objektif penubuhan LLM pula adalah untuk merancang, merekabentuk, memaju, mengendali dan menyelenggarakan rangkaian lebuh raya moden yang lengkap dengan segala kemudahan dan keperluan bagi mengadakan suatu rangkaian pengangkutan jalanraya yang cepat, selamat dan cekap untuk negara secara keseluruhannya, menghubungkan kesemua pekan utama yang sedia ada serta kawasan yang mempunyai potensi pembangunan ekonomi, budaya dan sosial serta perpaduan negara dan membolehkan suatu rangkaian pengangkutan jalanraya awam antara bandar yang berkesan diadakan di seluruh negara disamping melatih kakitangan bagi memajukan kepakaran mereka dalam semua aspek yang berkaitan dengan pembangunan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya.

Selain itu, berdasarkan Akta 231, LLM juga berperanan untuk menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan dan penyenggaraan lebuh raya-lebuh raya sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan, menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan dan penyenggaraan kawasan-kawasan rehat dan rawat dan lain-lain kemudahan yang difikirkan perlu di sepanjang lebuh raya, memungut tol daripada pengguna-pengguna lebuh raya dan lain-lain bayaran dari kemudahan di sepanjang lebuh raya, merancang dan menjalankan penyelidikan untuk memastikan penggunaan lebuh raya yang cekap dan lain-lain kemudahan di sepanjang lebuh raya dan pada amnya melakukan apa-apa juga perkara untuk memajukan lagi lebuh raya.

0 Response to "Jawatan Kosong di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) - 13 Sept 2016"

Post a Comment