Jawatan Kosong di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) - 1 Sept 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) - 1 Sept 2016

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah merupakan sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi adalah dipelawa untuk berkhidmat di LPNM bagi mengisi jawatan berikut :



Jawatan:

1. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E19 


Tangga Gaji : RM 1,353.00 - RM 4,005.00


Cara Permohonan:

Bagi pemohon yang berkelayakan, komited dan berdedikasi dipelawa untuk berkhidmat di LPNM bagi mengisi jawatan kosong yang tersebut. Borang permohonan dan syarat-syarat lantikan boleh dimuat turun melalui link di bawah.

Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat.

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap permohonan TIDAK BERJAYA. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh LPNM.

Borang permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dan disusun mengikut turutan seperti berikut :

Salinan Sijil Kelahiran
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Lesen Memandu
Salinan Sijil Berhenti Sekolah
Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip lengkap - Diploma/STPM/SPM/PMR
Sijil-sijil penghargaan (mengikut tahun terkini)
Sijil-sijil penyertaan (mengikut tahun terkini)

Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat dibawah sebelum atau pada 01 September 2016

Ketua Pengarah,
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
Wisma Nanas,
No. 5, Jalan Padi Mahsuri,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
JOHOR DARUL TAKZIM.
(U/p : Bahagian Khidmat Pengurusan - Unit Perkhidmatan)





Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)


Pengenalan Korporat

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (Lembaga Nanas) adalah sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1957 yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu. Selaras dengan perkembangan industri nanas, perubahan nama agensi kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah dibuat pada tahun 1992 tertakluk kepada Akta Perindustrian Nanas Malaysia 1957 (Akta 105 - Semakan 1990) di bawah Kementerian Perusahaan Utama.
     
Pada 29 Mei 1996, Jemaah Menteri telah membuat keputusan untuk membubarkan Lembaga Nanas dan fungsinya dipindahkan kepada Jabatan Pertanian, FAMA dan MARDI. Perlaksanaan pembubaran dilaksanakan secara berperingkat bagi tempoh 3 tahun tertakluk kepada pembubaran Akta Perindustrian Nanas 1957 (Semakan 1990).

Lembaga Nanas telah diletakkan di bawah Kementerian Pertanian pada 1 Jun 1999 bagi menyempurnakan perlaksanaan pembubaran tersebut. Kementerian Pertanian telah diberi peranan sebagai agensi peneraju bagi menyelaraskan tindakan pembubaran yang berkaitan dengan pengagihan fungsi, kakitangan, harta, tanggungan, kuasa dan perundangan Lembaga Nanas di kalangan agensi yang terlibat.

Sehubungan itu, 56 kakitangan dari Bahagian Pembangunan Lembaga Nanas dipindahkan ke Seksyen Pembangunan Industri Nanas Johor, 8 kakitangan dari Bahagian Pentadbiran Lembaga Nanas telah ditukar ke Perkhidmatan Awam Negeri Johor dan 14 kakitangan dari Bahagian Merinyu dan Bahagian Perancangan dan Pembangunan Pasaran dipindahkan ke Pejabat FAMA Cawangan Johor.

Seramai 22 kakitangan telah dikekalkan di Lembaga Nanas untuk melaksanakan aktiviti yang berkaitan sehingga proses pembubaran selesai.

0 Response to "Jawatan Kosong di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) - 1 Sept 2016"

Post a Comment