HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - 24 Aug 2016

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.



Jawatan:

1. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19

Tangga Gaji : RM1,360.00 - RM4,052.00


Syarat Kelayakan:

Semua jawatan hendaklah terdiri daripada WARGANEGARA MALAYSIA.

(i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
( Gaji permulaan ialah pada Gred KP19 : RM1,360.00 ); atau

(ii) bekas anggota Polis atau Tentera yang sekurang-kurangnya
berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan
telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod
perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan
menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
( Gaji permulaan ialah pada Gred KP19 : RM1,360.00 ); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred KP19 : RM1,416.40 ); atau


Tarikh tutup permohonan : 24 Ogos 2016


 Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)


Latar Belakang

Sejarah perkembangan Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada tahun 1933 apabila Jabatan Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1950. Pada tahun 1967, di bawah Seksyen 15 Enakmen Lembaga Bandaran 118, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah mengambil alih kuasa pentadbiran Bandar Johor Bahru.

Pada 1 April 1977, Majlis Bandaran dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran dan seterusnya menikmati kenaikan taraf kepada sebuah Bandaraya pada 1 Januari 1994 dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Johor Bahru. Bermula pada tarikh ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor melepaskan tanggungjawabnya sebagai "Yang Dipertua" dengan perlantikan Datuk Bandar, Bandaraya Johor Bahru. Berikut merupakan ringkasan penubuhan Majlis Bandaraya Johor Bahru.


0 Response to " Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - 24 Aug 2016"

Post a Comment