HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kuala Selangor - 21 Aug 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan  berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak di Majlis Daerah Kuala Selangor dan keutamaan  kepada Anak Negeri Selangor.



Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

2. PENOLONG JURUTERA (AWAM) JA29

3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

4. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29

5. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29

6. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G29

7. PENGHANTAR NOTIS N11

8. PEMBANTU AWAM H11


Butiran Pemohonan:

Pemohon lahir di Negeri Selangor ; atau

Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor ; atau

Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun ; dan

Pembuktian bagi mana-mana syarat di para 2.1, 2.2 dan 2.3 hendaklah dikemukakan  melalui  dokumen-dokumen  yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada  tanggungjawab pemohon sendiri.

Permohonan hendaklah menggunakan e-Mohon Jawatan secara atas talian dengan melayari laman web www.mdks.gov.my atau melalui link admin sediakan di bawah.

Permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan (attachment) seperti berikut :-

i) Salinan Kad Pengenalan ;

ii) Salinan Kelulusan Akademik (SPM, Sijil, Diploma, Ijazah );

iii) Resume Yang Lengkap

2.7 Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A 2005 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi.

2.8 Maklumat penting kepada pemohon :

i) Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap akan ditolak.

ii) Hanya calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.
iii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap  permohonan mereka tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 21 Ogos 2016 (Selasa) 



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Daerah Kuala Selangor


Latar Belakang

Majlis Daerah Kuala Selangor ditubuhkan pada tahun 1978 melalui Pemberitahuan Undang-Undang Negeri Selangor 18/78. Ianya adalah gabungan dari 5 majlis tempatan iaitu:
  • Majlis Tempatan Kuala Selangor
  • Majlis Tempatan Tanjong Karang
  • Majlis Tempatan Batang Berjuntai ( Bestari Jaya )
  • Majlis Tempatan Ijok
  • Majlis Tempatan Jeram

Seterusnya, dalam tempoh 25 tahun selepas penubuhannya, MDKS telah melalui beberapa siri perluasan kawasannya bermula dengan pewartaan kawasan seperti yang ditunjukkan dalam pelan warta PW 459 yang diwartakan pada 6 Febuari 1978, diikuti PW 646 pada 15 November 1986, PW 981 pada 1 Disember 1994. Peluasan kawasannya yang terakhir melalui PW 1414 pada 25 Febuari 2006 yang meliputi seluruh kawasan Daerah Kuala Selangor. Kawasan pentadbiran MDKS ini meliputi pekan-pekan kecil seperti Pekan Kuala Selangor, Ijok, Jeram, Assam Jawa, Bukit Rotan, Seri Tiram Setia, Tanjong Karang, Sungai Janggut, Sungai Sembilang, Bestari Jaya, Kampung Kuantan, Sungai Buloh, Pasir Penambang. Turut terlibat ialah kawasan pembangunan baru seperti Puncak Alam, Saujana Utama dan Desa Coalfields.

Kawalan dan perancangan pembangunan MDKS dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663), Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan, Undang-Undang Kecil MDKS (20 UUK) serta berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang diputuskan dari semasa ke semasa.


0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kuala Selangor - 21 Aug 2016"

Post a Comment