Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) - 29 Aug 2016

Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia, keutamaan kepada anak-anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut:-

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)


Jawatan:

1. PEMBANTU AKAUNTAN W19


Cara Memohon:

1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan
Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat yang boleh diperolehi dari Bahagian
Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kuala Langat,
Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun dari laman
web www.mdkl.gov.my atau melalui link admin sediakan di bawah.

2. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan / Badan
Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan) 2005.

3. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport,
salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ibu dan bapa pemohon,
salinan sijil kelahiran pemohon, salinan sijil kelahiran ibu dan bapa pemohon, salinan
sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum serta salinan sijil-sijil penghargaan yang telah
diakui sah oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan &
Profesional / Pengetua / Guru Besar / Penghulu / Ketua Kampung. Nama jawatan
hendaklah dicatat di sebelah kiri sampul surat.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh permohonan pada :  29 Ogos 2016




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)



Tarikh Penubuhan
1 Januari 1977
Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976
Gabungan 3 Majlis Tempatan iaitu:
Majlis Tempatan Sg. Jarom.
Majlis Tempatan Tanjung Sepat.
Lembaga Bandaran Kuala Langat.

Keluasan Kawasan Pentadbiran
Awal penubuhan 3.7 batu persegi(9.6 km).
2001 bertambah kepada 62.294 km persegi.
2006 bertambah kepada 857.70 km persegi termasuk 3 batu nautika.

Jumlah Pegangan
Pada tahun 2001 jumlah pegangan ialah 30000.
Dari pelbagai jenis seperti Pegangan perumahan, perdagangan, perindustrian & pertanian.

Jumlah Penduduk
Tahun 1991 berjumlah 46,588 orang
Tahun 2001 berjumlah 97,405 orang
Tahun 2011 berjumlah 272,893 orang.

* Kawasan Pentadbiran MDKL sahaja

Previous Post Next Post