Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kubang Pasu - 7 Sept 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan serta berumur 18 tahun keatas. Keutamaan diberi kepada anak tempatan Negeri Kedah yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di dalam pentadbiran Majlis Daerah Kubang Pasu:-



Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR N41

2. PEGAWAI PENILAIAN W41

3. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41

4. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29

5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29


Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDKP Am 1 (dikenakan bayaran RM 5.00
sekeping) yang boleh didapati di bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Kubang Pasu,
Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman. MULAI 31
OGOS 2016

2. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Setiap
permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:-

(a) Kad Pengenalan diri

 (b) Sijil Kelahiran

 (c) Sijil-sijil persekolahan

 (d) Kelulusan Akedamik (Sijil/Diploma/Ijazah) *Mana yang berkaitan dengan Jawatan yang dipohon.
 (e) Transkrip keputusan akhir peperiksaan (Jika Diploma/Ijazah sebenar masih belum diterima)

 (f) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport

 (g) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada).

3. Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan dalam kumpulan
Pengurusan dan Profesional.

4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak
Berkuasa Temapatan/Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui KETUA JABATAN
masing-masing dengan menyertakan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini dan
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini sepertimana mengikut Peraturan 17 di bawah
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan) 2005.

5. Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil
untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) enam bulan
dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

6. Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Yang DiPertua
 Majlis Daerah Kubang Pasu
 Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu
 06000 Jitra
 Kedah Darul Aman.

Tarikh tutup permohonan : 07 September 2016, jam 5.00 petang.


 Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Daerah Kubang Pasu

Kerja Kosong Terkini Negeri Kedah


Latar Belakang

Pada tahun 1989 Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kubang Pasu telah ditukarkan nama kepada Majlis Daerah Kubang Pasu dan diwartakan mengikut Seksyen 3, AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171). Daerah Kubang Pasu terletak paling utara di Negeri Kedah Darul Aman. Ianya bersempadan dengan Negara Thailand di sebelah utara, Daerah Padang Terap di sebelah timur, Daerah Kota Setar di selatan, Negeri Perlis Indera Kayangan dan Selat Melaka di sebelah barat. Mempunyai keluasan 94,596 hektar ( 945.971 km persegi ). 

Sebahagian besar tanah Daerah Kubang Pasu mempunyai tanah rata dengan sedikit berbukit di sebelah timur. Sebanyak 35% ( 33,773 hektar ) tanah di daerah ini dalam kawasan MADA manakala 65% ( 60,824 hektar ) di luar kawasan MADA. Mempunyai 21 mukim yang terdapat di dalam daerah ini.

Previous Post Next Post