Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam - 12 Aug 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warga Daerah Sabak Bernam / Selangor serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam



Jawatan:

1. ARKITEK J41 


Syarat-Syarat Kelayakan:

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) (i) Pemohon Lahir di Negeri Selangor; atau

(ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

(iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan

(iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri
(Nota : Merujuk MMKN Ke 38 Tahun 2015 pada 30/12/2015)


(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina (Sahaja) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada RM2,568.00)

dan (d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup permohonan : 12 Ogos 2016 (Jumaat Jam 4.00 Petang)



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

 Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Daerah Sabak Bernam


Latar Belakang

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) adalah salah sebuah daripada 12 Pihak Bekuasa Tempatan yang terdapat di seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak Berkuasa Tempatan bagi Daerah Sabak Bernam ini mula dikenali sebagai Majlis Daerah Sabak Bernam sejak tahun 1977. Sebelum MDSB diisytiharkan sebagai sebuah Majlis Daerah, PBT bagi Daerah Sabak Bernam ini dikenali sebagai penguasa tempatan iaitu Majlis Tempatan dan Lembaga  Bandaran. Bidang kuasa meliputi kawasan :-
  • Majlis Tempatan Sekinchan
  • Majlis Tempatan Sungai Besar
  • Majlis Tempatan Sungai Air Tawar, Dan
  • Lembaga Bandaran Sabak Bernam

Pengishtiharan MDSB pada tahun 1977 telah memansuhkan pentadbiran 3 buah majlis tempatan dan sebuah lembaga bandaran, yang mana seterusnya meliputi kawasan :-
  • Pekan Sekinchan
  • Pekan Sungai Besar
  • Pekan Sabak Bernam
  • Pekan Bagan Terap
  • Pekan Sungai Haji Dorani
  • Pekan Sungai Nibong
  • Pekan Simpang Lima
  • Kg. Kian Sit (Sekinchan Site ‘A')
  • Pekan Parit Baru
  • Pekan Sungai Air Tawar
  • Pekan Pasir Panjang
  • Pekan Bagan Nakhoda Omar

Fungsi
  • Memberi dan meningkatkan perkhidmatan perbandaran yang terbaik kepada orang ramai.
  • Mewujudkan kawasan dan persekitaran perbandaran yang indah, bersih dan menarik.
  • Mempastikan perancangan bandar dan kawalan pembangunan supaya teratur dan tersusun.
  • Menyelia dan menyelenggara kemudahan awam dan rekreasi.
  • Memupuk perpaduan di antara rakyat yang berbilang bangsa disamping mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sivik.
Previous Post Next Post