Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) - 9 Sept 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.



Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41 - 1 kekosongan

2. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L29 - 1 kekosongan

3. PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29 - 1 kekosongan

4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 - 5 kekosongan

5. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19 - 1 kekosongan


Cara Memohon:

a) Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang (PTGS/BKP-2016) yang
boleh diperolehi melalui laman sesawang http://ptg.selangor.gov.my/ ;atau melalui link di bawah

b) Semua borang permohonan hendaklah dilengkapkan dan disertakan salinan sah
Kad Pengenalan, Sijil Lahir, Sijil-sijil Persekolahan, kelulusan akademik beserta
sekeping gambar berukuran passport;

c) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil ke sesi
temuduga;

d) Tarikh tutup permohonan adalah pada 09 September 2016 (Jumaat) Jam 4.00
petang;

e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari
tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan

f) Sila kemukakan permohonan ke alamat berikut:

PENGARAH
PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR
TINGKAT 4, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN,
BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
40576 SHAH ALAM
(U/p: Unit Perkhidmatan/Perjawatan)




Sejarah PTGS

Bangunan Sultan Abdul Samad Sebelum merdeka Pejabat Tanah dan Galian Selangor terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Apabila Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor berpindah ke Shah Alam dan bangunan yang digunakan adalah Kompleks PKNS pada tahun 1978.

Apabila bangunan Ibu Pejabat Kerajaan Negeri yang ada sekarang iaitu Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempurna dibina dan mula digunakan maka Pejabat Tanah dan Galian Selangor berpindah buat kali yang ketiga. Perpindahan ini berlaku pada bulan April 1983.

Organisasi Pejabat Tanah dan Galian Selangor diketuai oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor. Beliau dibantu oleh dua orang Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pengurusan) dan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran).

Terdapat sembilan bahagian di dalam Pejabat Tanah dan Galian Selangor bagi memantapkan perjalanan operasinya iaitu Bahagian Pembangunan dan Kemajuan Tanah, Bahagian Penguatkuasaan,

Kompleks PKNS
Pengambilan Balik Tanah dan Teknikal, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Hakmilik Strata, Bahagian Pendaftaran Hak Milik, Bahagian Hasil, Bahagian Perundangan dan Bahagian Korporat/ Audit Pengurusan Tanah.

Previous Post Next Post