Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak - 7 Sept 2016

Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada anak Negeri Perak) yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan kosong terkini di Kerajaan Negeri Perak:-



Jawatan:-

1. 1. PEGAWAI SYARIAH LS41

2. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41

3. PEGAWAI PERKHIDMTAN AWAM DG41

4. PENOLONG PEMELIHARA HUTAN G29

5. SETIAUSAHA PEJABAT N29

6. PENOLONG JURUTERA JA29

7. PENOLONG PEGAWAI SYARIAH LS29

8. PENOLONG PEGAWAI TANAH NT29

9. PEMBANTU PUSTAKAWAN S19

10. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19

11. PENGAWAS HUTAN G19

12. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

13. PEMBANTU KEMAHIRAN H19

14. PELUKIS PELAN JA19

15. PENGHANTAR NOTIS N11



Tarikh Tutup : 07 September 2016 



*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak


Sejarah Pentadbiran

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ditubuhkan pada tahun 1948 melalui Perjanjian Perak di antara Sultan Abdul Aziz Al-Mutasim Billah Shah dengan Sir Gerard Edward J. Gent pada 21 Januari 1948. Melalui perjanjian ini, satu undang-undang perlembagaan Perak telah dibentuk pada 1 Februari 1948. Perlembagaan ini menggariskan hak-hak dan kuasa Sultan serta memperuntukkan satu pentadbiran Kerajaan yang terdiri daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Mesyuarat Negeri sebagai badan yang bertanggungjawab untuk membantu dan menasihati Sultan di dalam menjalankan tugasnya.

Perlembagaan ini memperuntukkan perlantikan Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, dan Pegawai Kewangan Negeri dengan kuasa pelantikannya oleh Sultan. Ketiga-tiga ahli ex-officio ini bersama dua lagi ahli ex-officio yang lain iaitu Penasihat British dan Penasihat Undang-undang, adalah merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dengan mempunyai seorang ahli rasmi. Majlis Mesyuarat Negeri pula terdiri daripada Menteri Besar sebagai Presiden dan empat orang ahli ex-officio iaitu Penasihat British, Setiausaha Kerajaan Negeri dengan mempunyai 10 orang ahli rasmi dan 19 orang ahli tidak rasmi.

Menteri Besar Perak yang pertama dilantik (sebelum Merdeka) ialah Tuan Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz dan Setiausaha Kerajaan Negeri ialah Che Ahmad bin Osman. Fungsi Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak ialah merancang, menggerak, mengurus, menyelaras, dan mengawal semua jentera pembangunan ekonomi dan sosial negeri melalui perkhidmatan yang bersih, cekap, dan amanah. Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak juga menentu dan menyelaraskan perlaksanaan dasar mengenai aktiviti-aktiviti negeri meliputi perancangan dan pembangunan, keselamatan, aktiviti-aktiviti Jabatan Kerajaan, badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan Negeri, perkhidmatan kakitangan, dan hal ehwal lain dalam negeri.

Previous Post Next Post