Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor - 22 Aug 2016 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2017 | 2018
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor - 22 Aug 2016

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor di dalam mesyuarat Bil. 4/2015 bertarikh 28 Mei 2015 telah
meluluskan kaedah pengiklanan Permohonan Terbuka Sepanjang Masa bagi dua (2) jawatan berikut :



Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G29

2. PENOLONG JURUTERA AWAM JA29

3. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S29

4. PEMBANTU VETERINAR G19

5. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19

6. PEMBANTU OPERASI N11 

7. PENGHANTAR NOTIS N11


Tarikh Tutup Permohonan : 22 Ogos 2016



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor


Sejarah dan Latar Belakang

Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor telah mula ditubuhkan pada tahun 1855, apabila Temenggong Ibrahim membuka Bandar Iskandar Puteri di Tanjung Puteri. Ketika itu Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dengan aktiviti perniagaan hasil tanaman lada hitam dan gambir. Pusat Bandar diletakkan di Tanjung Puteri untuk memudahkan kutipan cukai, yang pada masa itu dikawal sendiri oleh Temenggong.

Bandar Iskandar Puteri telah bertukar nama kepada Johor Bahru pada tahun 1866 bersamaan dengan 12 Syaaban tahun Hijrah 1282 berikutan dengan pengisytiharan oleh Temenggong Abu Bakar Maharaja Johor. Pada masa yang sama tiga Jabatan secara khusus telah diwujudkan iaitu Pejabat Temenggong Johor, Pejabat Bakal Raja dan Pejabat Urusetia Negeri yang juga dikenali sebagai Pejabat Menteri Besar.

Perbendaharaan Negeri Johor telah mula ditubuhkan pada tahun 1873 diketuai oleh seorang Bendahari. Jawatan dalam Perbendaharaan telah ditambah pada tahun 1886 dengan penubuhan Jabatan Audit dan kemudiannya, dalam tahun 1894 perjawatan telah diperluas dengan melantik beberapa Pegawai Kewangan atau Tukang Wang.

Penyata Wang Kerajaan Johor yang pertama telah diterbitkan dalam tahun 1899 yang melaporkan kutipan hasil dan perbelanjaan. Pada tahun 1901, Perbendaharaan telah diberi nama baru, iaitu Perbendaharaan dan Hasil.

0 Response to "Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor - 22 Aug 2016"

Post a Comment