Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) - 11 Sept 2016

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) seperti berikut:-



Jawatan:

1. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S48

2. PEGAWAI TADBIR N41

3. PEGAWAI FARMASI UF41

4. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19

5. PEMANDU KENDERAAN H11


Semua jawatan akan dilantik secara Tetap.

Pemohon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan. Pegawai
yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh
lantikan.


Tarikh tutup permohonan : 11 September 2016




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)


Pengenalan

Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.

Walaupun UPNM memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia di mana seramai lebih kurang 1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Disamping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.

UPNM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara. Perintah perbadanan UPNM telah dikeluarkan pada 6 November 2006 untuk memulakan pengajian akademik sesi 2007/2008. Bagi pengambilan siswa baru sesi 2007/2008 seramai 550 siswa melapor untuk Program Asasi Pertahanan yang terdiri 121 siswa awam dan 350 siswa tentera. Sementara itu, untuk program sarjana muda seramai 130 siswa awam dan 297 siswa Asasi Pertahanan akan mengikuti program sarjana muda di bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Pengurusan dan Pengajian Pertahanan. Bagi memulakan pengajian sesi 2007/2008 UPNM telah menubuhkan 3 buah fakulti di samping Pusat Asasi Pertahanan iaitu Fakulti Kejuruteraan Pertahanan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan serta Fakulti Pengurusan dan Pengajian Pertahanan.

Previous Post Next Post