Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar - 13 Sept 2016 [23 Kekosongan]

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan yang berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar seperti berikut:-



Jawatan:

1. PEGAWAI VETERINAR GV41
[Jabatan Perkhidmatan Veterinar]
23 Kekosongan 

Bidang keutamaan:
i. Ijazah Doktor Perubatan Veterinar
ii. Sains Veterinar

dan berdaftar di bawah Seksyen 12(1) Akta Doktor Veterinar 1974 (Akta 147)



Tarikh tutup permohonan : 31 September 2016 (Selasa)



Permohonan adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA8i). Admin telah sediakan link di bawah.



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar



Sejarah

Jabatan Veterinar telah wujud seawal tahun 1888 lagi, di Pulau Pinang dengan penempatan Doktor Veterinar bertauliah di Jabatan Perubatan. Pada masa itu, tugas utama Doktor ialah memeriksa ternakan yang diimport dari luar Negara terutamanya Siam dan Kedah. Bagi melindungi Pulau Pinang daripada penyakit bawaan haiwan yang  diimport ketika itu, maka sebuah pusat  kuarantin telah dibina pada tahun 1896 dan pusat ini merupakan pusat kuarantin yang pertama di Malaysia.

Perkhidmatan Veterinar mula berkembang di negeri-negeri lain dengan pewujudan Cawangan Veterinar di Jabatan Perubatan dengan penempatan Doktor Veterinar dan Pemeriksa Veterinar. Semua Perkhidmatan Veterinar berada di bawah bidang kuasa Ketua Pegawai Perubatan yang berpusat di Singapura sehingga tahun 1930.

Pada masa itu, tugas utama pegawai yang dilantik ialah megawal wabak penyakit haiwan (epidermic). Disamping itu, satu unit Veterinary Police Force  telah ditubuhkan di Jabatan Polis di bawah  kawalan ketua polis negeri. Unit ini juga ditugaskan untuk memusnahkan anjing-anjing liar dalam usaha menghapuskan  penyakit anjing gila dan menjadi mata-mata untuk melaporkan sebarang kejadian penyakit haiwan. Walaubagaimanapun, unit ini kemudiannya dimasuhkan dan digantikan dengan atenden haiwan.

Pada tahun 1930, Perkhidmatan Veterinar telah dipisahkan dari Jabatan  Perubatan. Pemisahan ini merupakan asas kepada penubuhan Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kemudiaan Jabatan Perkhidmatn Haiwan  juga ditubuhkan di Majlis Kerajaan Tempatan seperti di Pulau Pinang dan Melaka. Pada tahun 1934, ibu pejabat jabatan Perkhidmatan Haiwan telah dipindahkan dari Sigapura ke Kuala Lumpur dan seterusnya pembentukan sebagai jabatan berasingan di bawah kelolaan Pengarah Penyelidikan Veterinar dan Penasihat Veterinar, sehinggalah Perang Dunia ke-2. Semasa zaman pemerintahan British, Jabatan Perkhidmatan Haiwan disusun semula dan menjadi asas organisasi sehingga kini.

Previous Post Next Post