Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Negeri Johor - 21 Sept 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan kepada anak Negeri Johor) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Negeri Johor seperti berikut:



Jawatan:

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41

2. PEGAWAI TADBIR N41

3. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41

4. JURUTERA J41

5. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM)/ PENOLONG JURUTERA JA29

6. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

7. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29

8. PENOLONG AKAUNTAN W29

9. PENOLONG JURUAUDIT W29

10. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

11. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S29

12. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

13. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19

14. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S19


15. PEMBANTU OPERASI N11


Cara Memohon:

(a) Permohonan hendaklah menggunakan borang Majlis Agama Islam Negeri Johor yang boleh  diperolehi secara  percuma  di pejabat  Majlis  Agama Islam Negeri Johor, Tingkat 5, Blok  B,  Pusat  Islam  Iskandar,  Jalan  Masjid  Abu Bakar,  80000  Johor  Bahru.  Borang juga   boleh   didapati   dengan   menghantar   sampul  surat  berukuran  20cm  x  23cm bersetem  dan  beralamat sendiri  atau  dengan  memuat  turun  borang di laman web Majlis Agama Islam Negeri Johor ; www.maij.gov.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

(b) Sila  nyatakan  nama  jawatan  yang  dipohon  di  kiri  sebelah  atas  sampul  berkenaan semasa mengembalikan borang permohonan.

(c) Permohonan daripada pegawai  yang  sedang  berkhidmat  dengan Kerajaan hendaklah Mengikut  Peraturan  17, Peraturan -Peraturan  Pegawai  Awam  (Perlantikan,  Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005).

(d) Borang -borang  yang  lengkap  diisi  hendaklah  disertakan  dengan  sekeping  gambar terbaharu  berukuran   pasport   dan   salinan  yang  diakui   sah  dokumen -dokumen berikut;-

(i) Sijil Kelahiran/Surat Beranak

(ii) Kad Pengenalan

(iii) Sijil Tamat Sekolah

(iv) Sijil SRP/PMR/SPM/STA/STPM/STAM

(v) Diploma/Ijazah bersama pengiktirafan JPA (yang perlu sahaja)

(vi) Transkripsi Ijazah

(e) Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
TINGKAT 5, BLOK B,
PUSAT ISLAM ISKANDAR JOHOR,
JALAN MASJID ABU BAKAR,
80990 JOHOR BAHRU, JOHOR


Tarikh tutup permohonan pada 21 September 2016


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Agama Islam Negeri Johor


Latar Belakang

Merujuk Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor tahun 1897, fasal 28, Jemaah Menteri telah diinstitusikan secara bertulis. Berikutan itu, rombakan besar dalam struktur pentadbiran kerajaan Johor telah dilakukan. Diantara Jabatan baru yang diwujudkan ialah Jabatan Agama dan Pelajaran (Ecliastical And Education Department ). YM Ungku Mohd Khalid bin Daeng Ibrahim telah diperkenan menjadi Yang Dipertua Jabatan Agama dan Pelajaran.  Dari segi tarafnya, Jabatan tersebut boleh disifatkan bertaraf kementerian apabila beliau dilantik menjadi Ahli Jemaah Menteri. Sebagai agensi kerajaan, Jabatan Agama dan Pelajaran mempunyai satu jawatan eksekutif yang terpenting iaitu Setiausaha. Orang pertama menyandang jawatan itu ialah Mohd Khalid bin Haji Abdul Munshi dalam tahun 1906. Bahagian Pelajaran dipisahkan sebagai satu Jabatan yang berasingan. Pada tahun 1918, organisasi Jabatan Agama dapat digambarkan seperti berikut :

Yang Dipertua Jabatan ( Ungku Omar Ahmad), Pentadbiran Am (Naib Yang Dipertua Jabatan Ungku Abdul Rahman) Pejabat Mufti, (Syed Abdul Kadir Mokhsen),

Pejabat  Kadi (Haji Mohd Nasir bin Haji Salim), Bilal-Imam (daerah-daerah), Kadi Batu Pahat dan Kadi Muar.

Struktur pentadbiran Jabatan Agama Johor dan Pelajaran kelihatan lebih teratur dan tersusun, begitu juga pengkhususan tugasan jika dibandingkan dengan keadaan di akhir abad ke-19. Pada abad tersebut untuk menentukan awal Ramadan, ia wajib ditentukan oleh tiga orang tokoh agama. Contohnya, puasa pada 1 Ramadan 1302 Hijrah disahkan oleh Hakim Haji Mohd Salleh selaku "Syeikhul Islam Johor" dan Mufti Syed Salim bin Ahmad Al-Attas. Agak sukar ditemui peranan Syeikhul Islam di Johor tetapi peranan Pejabat Mufti pula jelas, iaitu bertanggungjawab menegeluarkan tauliah mengajar agama Islam kepada guru-guru agama. Manakala Pejabat Kadi selaku Pendaftar cerai dan rujuk juga bertanggungjawab kepada soal-soal masjid dan kakitangannya. Antara jentera Jabatan Agama Johor yang penting iaitu Jawatankuasa Pelajaran Agama yang bertanggungjawab kepada perkara-perkara berikut:

  • Pentadbiran dan Penubuhan Sekolah Agama termasuk Sekolah-sekolah Arab.
  • Peperiksaan Sekolah Agama
  • Pengambilan guru-guru agama dan menyelesaikan masalah guru agama termasuk kenaikan pangkat.
  • Sukatan Pelajaran Agama Islam
  • Menyemak kitab-kitab

Berdasarkan peranan Jawatankuasa Majlis dan Jawatankuasa Pelajaran Agama Johor, satu rumusan dibuat iaitu kedua-dua jawatankuasa itu merupakan nadi yang menggerakkan Jabatan Agama Johor. Kedua-dua jawatankuasa tersebut adalah badan penggubal dasar manakala Jabatan Agama melalui pengawai-pegawainya sebagai saluran pelaksanaan dasar dan keputusan kedua-dua jawatankuasa itu. 

Previous Post Next Post