Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - 4 Okt 2016

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih dari 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan bertaraf kontrak seperti berikut :



Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR N41


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau 

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43)


Cara Memohon:

 Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web PTPTN, www.ptptn.gov.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum atau pada 04 Oktober 2016.

ii. Calon yang berjaya untuk sesi temuduga akan dihubungi melalui email bagi makluman tarikh menghadiri temuduga serta penyediaan dokumen-dokumen sokongan yang perlu. Sila pastikan alamat email yang dikemukakan masih aktif dan boleh digunakan.


Klik Maklumat Lengkap Iklan

Klik Mohon Secara Online

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)



Info Koporat

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.


Fungsi:

  • Menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman;
  • Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan
  • Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.


Previous Post Next Post