Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Sabah (UMS) - 7 Okt 2016

Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di UMS bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.



Jawatan:

1. BENDAHARI GRED GRED UTAMA C (VU7) 


Kriteria Umum:

Kriteria bagi seorang calon adalah berdasarkan kepada Kaedah Pelantikan Jawatan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan Penasihat Undang-Undang yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bil.1/2014 pada 18 Disember 2014 seperti berikut:

Memimpin dan Mengurus - Mempunyai people skills yang boleh meneraju transformasi, menggerakkan pasukan, mempunyai gagasan, visi dan rnisi yang jelas serta mampu menggerakkan komuniti kampus ke arah budaya kecemerlangan;

Komunikasi - Memiliki kemahiran komunikasi dan interpersonalyang mantap;

Reputasi - Menjadi role model kepada semua peringkat staf, mempunyai pengalaman dan proven track record serta disanjung baik serta dihormati masyarakat di dalam dan di luar kampus;

Personaliti - Seorang yang berwibawa, berkarisma, bersahsiah tinggi, berpandangan jauh, berfikiran rasional, team player, serta mempunyai motivasi dalaman untuk memacu kecemerlangan Universiti. Calon juga mestilah memahami aspirasi negara untuk membangunkan modal insan bermentaliti kelas pertama;

Proaktif - Mempunyai pemikiran dan sikap yang proaktif serta mampu mengurus kepelbagaian dalam apa jua situasi dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi, konstruktif, saintifik, progresif, inovatif, kritikal, global serta analitikal;

Dinamik - Mempunyai perwatakan yang dinamik serta bertanggungjawab dan komited kepada tugas dan tanggungjawab berdasarkan nilai-nilai murni masyarakat dan negara;

Pengurusan konflik - Berkeupayaan mengenalpasti konflik dan menguruskannya dengan baik dan berhemah;

Potensi - Mempunyai potensi untuk menyumbang secara berkesan terhadap pembangunan Universiti dan Pendidikan llnggi Negara secara keseluruhan;

Jati Diri - Mempunyai sifat jati diri dan patriotik, beretika, berintegriti dan berakhlak mulia; dan

Disahkan sihat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar.


Cara memohon:

Cara memohon menyertakan maklumat seperti berikut:

a) Curriculum Vitae' (0/) yang lengkap dan terkini berserta gambar berukuran passport; dan

b) Key Performance Indicator' (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Bendahari.


Tarikh Tutup Permohonan: 07 Oktober 2016. 


Klik Maklumat Lengkap Iklan

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini


Kerja Kosong Terkini Negeri Sabah

VISI

Menjadi sebuah universiti berinovatif yang bertaraf dunia

MISI

Mencapai kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu untuk mencapai pengiktirafan antarabangsa menerusi pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan khidmat masyarakat serta untuk mencapai keseimbangan pengkhususan ilmu dan keperibadian pelajarnya untuk menghasilkan produktiviti dan kualiti yang tinggi dalam konteks persekitaran dan aspirasi pembangunan masyarakat dan Negara.

Previous Post Next Post