Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Pemilihan Terbuka Perajurit Muda Udara Siri 56/17 (Lelaki) TUDM - 20, 22, 27 & 29 Sept 2016

Peluang keemasan kepada belia negara untuk menjadi salah seorang warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.




1. PERAJURIT MUDA UDARA (LELAKI)


ZON SARAWAK

Tarikh : 20 September 2016 
Lokasi : Kem RASCOM, Batu 10, Sibu 


Tarikh : 22 September 2016 
Lokasi : Pangkalan Udara Kuching



ZON SABAH

Tarikh : 27 September 2016 
Lokasi : Markas Staf Stesyen, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu


Tarikh : 29 September 2016 
Lokasi : Pangkalan TLDM, KD Sri Tawau, Tawau 



Tatacara Dan Keperluan Dokumentasi:

1. Pemohon hendaklah hadir ke Pemilihan Awal di Pusat Pemilihan yang ditetapkan seperti berikut:

a. Pendaftaran : 8.00 – 8.30 pagi.

b. Pakaian : Lengkap pakaian sukan dan berkasut.


2. Dokumen asal seperti berikut:

a. Mykad.

b. Sijil Lahir Terkini (berwarna hijau).

c. Sijil SPM.

d. Diploma (Transkrip atau surat pengesahan pemohon yang belum menerima Sijil Diploma).

e. Salinan Mykad ibu dan bapa yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

f. Alat tulis secukupnya

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Pemilihan Terbuka Perajurit Muda Udara Siri 56/17 (Lelaki) TUDM




Penubuhan TUDM

Sejarah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bermula apabila Ordinan Tentera Udara diluluskan oleh Parlimen pada hari Isnin, 2 Jun 1958 dan semasa ditubuhkan ia dikenali sebagai “Tentera Udara Diraja Persekutuan“.

Air Commodore A.V.R. Johnstone seorang pegawai Tentera Udara Diraja British (RAF) telah dipinjamkan untuk menjadi penasihat kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya telah dilantik menjadi Ketua Turus Tentera Udara yang pertama.

Beliau bertanggungjawab merangka penubuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan bagi negara yang baru merdeka dari segi organisasi, sumber manusia, aset dan syarat-syarat perkhidmatan. Sebagai angkatan yang termuda di dalam Angkatan Tentera ketika itu anggota terawalnya adalah terdiri daripada pegawai dan anggota yang dipinjamkan daripada Tentera Udara Diraja British.

Sekumpulan pegawai dan anggota yang menjadi perintis Tentera Udara Diraja Persekutuan telah ditukarkan daripada Tentera Udara Diraja British pada bulan November 1958. Mereka yang menjadi tenaga penggerak organisasi TUDM ialah Flying Officer Li Heng Lip, Sergeant Subramaniam, Corporal Razi Osman, Corporal Othman Mohd Ismail, Corporal Wan Said, Sorporal J D Pasley, Corporal Mahevan, Senior Aircraftsman (SAC) Surindran, SAC Md Noor, SAC Zainal Abidin, SAC Mohd Hussain dan Junior Technician (JT) Ismail Arifin.

Sebagai angkatan yang muda tugas awal yang diamanahkan kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan pada ketika itu ialah untuk memberikan perkhidmatan perhubungan melalui udara dan membantu pasukan keselamatan menjalankan operasi memerangi komunis yang mengancam negara. Dengan tertubuhnya Malaysia pada 16 September 1963, nama Tentera Udara telah ditukar kepada “Tentera Udara Diraja Malaysia” atau lebih dikenali sebagai TUDM.

Previous Post Next Post